1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Bahagian Perolehan (PL), Kementerian Dalam Negeri  telah ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan daripada percantuman semula Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam. Bahagian ini bertanggung jawab menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan Agensi/Jabatan di bawah Kementerian secara cekap, berhemah, telus dan mematuhi tatacara kewangan dan prosedur perolehan semasa yang berkuatkuasa.

Bagi memperkemaskan Bahagian Perolehan, ia telah distrukturkan kepada empat unit iaitu;

  • Unit Dasar dan Pentadbiran
  • Unit Perolehan Teknikal
  • Unit Perolehan ICT
  • Unit Perolehan Am

Misi dan Visi
Menguruskan perolehan secara cekap, kos efektif dan berhemah

Objektif
Merancang dan mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan secara cekap dan berkesan mengikut tatacara perolehan dan kewangan semasa selaras dengan dasar serta prinsip perolehan Kerajaan.

Fungsi Utama:
i.    Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan peralatan dan  perkhidmatan untuk Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya seperti  yang    diluluskan dalam Rancangan  Malaysia 5 tahun dan Belanja Mengurus.

ii.    Merancang dan menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan (ABP) bagi Sektor Kelengkapan PDRM yang meliputi:

  • Lanci-lanci
  • Alat Perhubungan Radio
  • Senjata Api dan Peluru
  • Kenderaan
  • Kapal Terbang
  • Alat Bantuan Teknik
  • Sistem Teknologi Maklumat

iii.  Merancang dan melaksanakan perolehan peralatan teknikal dan kelengkapan am serta perkhidmatan bagi Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya.

iv.   Menyediakan dan mengurus kontrak-kontrak bekalan dan perkhidmatan.

v.    Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian dari aspek dan tatacara pengurusan perolehan Kerajaan.

vi.   Menyelaras, melaksanakan dan memberi khidmat nasihat serta latihan dalam menguruskan perolehan  Kerajaan.

vii.   Menyelaras dalam penyediaan spesifikasi teknikal supaya peralatan dan perkhidmatan memenuhi keperluan pengguna, sesuai dengan keupayaan teknologi terkini, lengkap dan tidak menjurus.

viii.  Menyemak (vetted), menentukan (verification) dan mengesahkan (validation) spesifikasi teknikal dan menyelaras pelaksanaan penilaian spesifikasi sebelum penerimaan peralatan dan perkhidmatan.

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

   ISO 9001:2008ISO 9001:2008

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

12230397

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime