1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Sumber Manusia merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara khusus terhadap pengurusan sumber manusia di Kementerian Dalam Negeri.

Ia juga berperanan melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam serta memantapkan hubungan sumber manusia di antara kementerian dan jabatan-jabatan di dalamnya dengan memastikan struktur, perjawatan dan skim perkhidmatan organisasi dapat berfungsi dengan berkesan, selain menyelaras dasar latihan anggota, dasar gaji/elaun dan perkhidmatan kaunseling.

Objektif

Menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di Kementerian dan Jabatan-jabatan di dalamnya dalam bidang perkhidmatan, pembangunan organisasi, pengurusan prestasi dan tatatertib serta pembangunan sumber manusia dan latihan.

Fungsi

Unit Pengurusan Strategik

  • merangka, menyediakan dan merancang pelaksanaan Pelan Strategik Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Dasar Sumber Manusia Perkhidmatan Awam.
  • menguruskan KPI dan Star Rating KDN.
  • menyediakan Pelan Landasan Kerjaya (roadmap) serta Job Profiling bagi pegawai Kementerian.
  • menyedia dan menyelaras Laporan Tahunan KDN berkaitan Pengurusan Sumber Manusia.
  • menyelaras Sasaran Kerja Tahunan dan perancangan strategik Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
  • kajian audit nilai dan cadangan program penambahbaikan.
  • kajian impak pelaksanaan Dasar Sumber Manusia.
  • menyediakan Pelan Penggantian (Succesion Planning) pegawai di Kementerian.
  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus (JKTU) Bersama Menteri Dalam Negeri.
  • Urus Setia Pasukan Petugas JKTU Bersama KSU.
  • mengurus dan menyelaras hal ehwal kualiti dan inovasi bahagian.
  • menyelaras dan mengemaskini pelaksanaan Piagam Pelanggan bahagian.
  • Urus Setia HRMC.
  • mengurus sistem Kualiti MS ISO 9001:2008.
  • menyelaras urusan Parlimen dan Kabinet bahagian.

Unit Pembangunan Organisasi dan Saraan KDN & Jabatan

  • merancang, merangka, mengkaji dan menguruskan penyusunan semula organisasi bahagian/Jabatan.
  • merancang, merangka dan mengkaji cadangan pengukuhan/penambahbaikan struktur organisasi dan perjawatan bahagian/Jabatan.
  • menyediakan kertas ulasan dan memperakukan permohonan perjawatan bahagian/Jabatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • mengadakan lawatan/naziran perjawatan ke bahagian/Jabatan.
  • menguruskan hal-hal berkaitan dasar saraan/elaun kepada pegawai dan kakitangan KDN.
  • menyelaras pembentangan kertas permohonan perjawatan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Permbangunan Organisasi (JKPO) dan Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi (JKTT) di Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • menguruskan hal-hal berkaitan kajian penmbahbaikan skim perkhidmatan KDN dan Jabatan di dalamnya (kecuali PDRM).
  • menyediakan laporan bulanan data perjawatan (Perjawatan isi dan kosong).
  • menyediakan perakuan perubahan senarai perjawatan bagi pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri/Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Pekhidmatan/dasar-dasar kerajaan berkuatkuasa yang berkaitan dengan perjawatan dan struktur organisasi di KDN dan Jabatan.
  • menyemak dan meneliti draf Buku Senarai Perjawatan Tahunan KDN dan Jabatan sebelum dikeluarkan secara rasmi oleh Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.
  • menguruskan Waran Perjawatan/omnibus waran perjawatan bahagian/Jabatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.
  • Mengemaskini Buku Senarai Perjawatan KDN.

Unit Pembangunan Organisasi dam Saraan PDRM

  • merancang, merangka, mengkaji dan menguruskan penyusunan semula organisasi PDRM.
  • merancang, merangka dan mengkaji cadangan pengukuhan/penambahbaikan struktur organisasi dan perjawatan PDRM.
  • menyediakan kertas ulasan dan memperakukan permohonan perjawatan PDRM kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • mengadakan lawatan/naziran perjawatan ke PDRM.
  • menguruskan hal-hal berkaitan dasar saraan/elaun kepada pegawai dan kakitangan PDRM.
  • menyelaras pembentangan kertas permohonan perjawatan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Permbangunan Organisasi (JKPO) dan Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi (JKTT) di Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • menguruskan hal-hal berkaitan kajian penmbahbaikan skim perkhidmatan PDRM.
  • menyediakan laporan bulanan data perjawatan (Perjawatan isi dan kosong).
  • menyediakan perakuan perubahan senarai perjawatan bagi pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri/Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Pekhidmatan/dasar-dasar kerajaan berkuatkuasa yang berkaitan dengan perjawatan dan struktur organisasi di PDRM.
  • menyemak dan meneliti draf Buku Senarai Perjawatan Tahunan PDRM sebelum dikeluarkan secara rasmi oleh Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.
  • menguruskan Waran Perjawatan/omnibus waran perjawatan PDRM yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.
  • Mengemaskini Buku Senarai Perjawatan PDRM.

Unit Perkhidmatan Gunasama dan HRMIS

  • menguruskan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen Pegawai Kumpulan Perkhidmatan Gunasama.
  • merancang dan menguruskan penempatan pegawai perkhidmatan gunasama.
  • urusan pencen dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan.
  • menguruskan cuti berdasarkan Perintah Bab C.
  • mengurus pelarasan gaji.
  • mengurus pinjaman/tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara.
  • mengemaskini laporan penempatan pegawai.

Sub-Unit HRMIS

  • memantau pengoperasian dan memastikan pelaksanaan HRMIS KDN dan Jabatan.
  • menyediakan sumber pakar rujuk serta khidmat sokongan pelaksanaa HRMIS yang mencukupi bagi KDN dan Jabatan.
  • merancang dan mengadakan program latihan bagi meningkatkan kepakaran dan mengoptimumkan pengaplikasian HRMIS di KDN dan Jabatan.
  • mengawalselia pengurusan data dan memastikan maklumat adalah tepat dan terkini.
  • menyediakan laporan pelaksanaan HRMIS di KDN dan Jabatan.

Unit Perkhidmatan Bukan Gunasama

  • menguruskan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen Pegawai Kumpulan Perkhidmatan Bukan Gunasama.
  • merancang dan menguruskan penempatan pegawai perkhidmatan bukan gunasama.
  • urusan pencen dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan.
  • menguruskan cuti berdasarkan Perintah Bab C.
  • mengurus pelarasan gaji.
  • mengurus pinjaman/tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara.
  • mengemaskini laporan penempatan pegawai.
  • menguruskan proses perlantikan/pembaharuan tempoh pegawai kontrak dan Pekerja Sambilan Harian.
  • menguruskan pengambilan jawatan di bawah perwakilan kuasa SPA.
  • Urus Setia Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

 Unit Pengurusan Kaunseling/Psikologi

  • melaksanakan aktiviti kaunseling bagi kakitangan yang dirujuk.
  • melaksanakan sesi kaunseling kepada klien yang datang secara sukarela.
  • melaksanakan program peningkatan kendiri dan keyakinan diri pegawai dan kakitangan.
  • melaksanakan aktiviti intervensi dan susulan.
  • Urus setia kepada aktiviti yang dianjurkan AKRAM.
  • mengadakan ceramah motivasi.
  • mengadakan Ujian Psikologi dan 'profiling' pegawai KDN.
  • membuat tafsiran Ujian Psikologi.
  • menyediakan Buletin Kaunseling.
  • menyediakan Kad Ucapan Hari Lahir kepada semua warga Kementerian.
  • Kajian Kepuasan Kerja (Job Satisfaction Index) ke atas warga KDN.

Unit Pengurusan Naik Pangkat dan Prestasi

  • menguruskan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi pegawai jawatan tertutup.
  • merancang pengurusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  • menyelaras dan mengendalikan urusan temuduga.
  • menguruskan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • menguruskan permohonan tanggung kerja warga Kementerian.
  • merancang dan menguruskan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat bukan gunasama KDN.
  • menguruskan program penggubalan dan pemilihan soalan bagi peperiksaan PTK, Subjek Jabatan dan KPSL.
  • pengurusan prestasi.
  • pengisytiharan harta.
  • Urus setia kelulusan pemilik tanah dan penglibatan dalam politik.
  • memproses permohonan kerja luar.
  • Urus setia kepada Pegawai Pengawal bagi kes-kes pengurusan wang awam yang telah diputuskan Agensi Pusat.
  • Urus Setia Penganugerahan (APC, Sijil Kepujian)/pengiktirafan pingat-pingat.
  • menguruskan pencalonan pingat/darjah kebesaran Persekutuan dan Negeri.
  • Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

  • merancang, mengenal pasti dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan dalam dan luar negeri yang bersesuaian.
  • membangunkan kurikulum dan program latihan.
  • Urus Setia Jawatankuasa Latihan KDN.
  • menyediakan pelan operasi latihan Kementerian dan Jabatan.
  • mengendali, menyelaras dan menyelia Kursus Induksi bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • mengadakan kursus pemangkuan, kenaikan pangkat, rayuan kenaikan pangkat dan penanggungan kerja di kalangan warga Kemeterian, Jabatan dan Agensi.
  • memohon peruntukan bagi mengadakan kursus dalam dan luar negeri dan program Islam Hadhari dan Pembangunan Insan di Kementerian.
  • mengkaji keperluan latihan dan keberkesanan latihan selaras dengan perkembangan semasa (Training Need Analysis).
  • menyediakan laporan program-program latihan yang diadakan.
  • menguruskan LO latihan yang dilaksanakan oleh bahagian.

 Unit Pentadbiran dan Kewangan

  • mengurus dan menyelaras pelaksanaan amalan 5S di bahagian.
  • menguruskan hal ehwal kewangan dan penyediaan bajet tahunan bahagian.
  • bertanggungjawab dalam urus kad perakam waktu, penyediaan laporan bulanan kehadiran pegawai dan kakitangan bahagian.
  • menguruskan pembelian, inventori dan stor.
  • menguruskan Aset Alih dan Aset Tak Alih bahagian.
  • menguruskan cuti rekod pegawai dan kakitangan bahagian.
  • menguruskan Bilik Fail dan sistem fail bahagian.
  • menguruskan kemudahan pegawai dan kakitangan (urusan tanggung kerja, kenderaan pejabat, elaun telefon, parking, pas keselamatan, susun atur bilik dan workstation).
  • menguruskan penempahan bilik mesyuarat dan makanan.
  • menyelaras urusan dan aktiviti pentadbiran bahagian.
  • pengurusan Keselamatan Pejabat dan Dokumen di bahagian.
  • menguruskan pendaftaran surat menyurat, fail dan rekod bahagian.
  • menguruskan hal pentadbiran dan mesyuarat bahagian.
  • menyelaras urusan sidang Parlimen bahagian.
  • menguruskan penyelenggaraan pejabat.
  • menjaga kebersihan dan keceriaan pejabat.
  • Urus Setia Mesyuarat bahagian.
  • pengurusan aduan bahagian.
Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

CAWANGAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

·Urusan ruang pejabat

·Pengurusan inventori dan pelupusan

·Pengurusan aset, mesin dan stor

  • Menguruskan bilik-bilik fail
  • Laporan kehadiran PSM
  • Key Performance Indicator (KPI)
  • Pemantauan laporan kehadiran
  • Pengurusan ISO dan Amalan 5S
  • Penyediaan bajet tahunan
  • Menguruskan Pesanan Tempatan (LO)
  • Penyediaan Laporan Tahunan
  • Pengurusan Keselamatan Pejabat dan Dokumen
  • Menguruskan Tuntutan
Menguruskan hal pentadbiran dan mesyuarat bahagian

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

   ISO 9001:2008ISO 9001:2008

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

12162981

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime