Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
1. Menyelesaikan kajian permohonan perjawatan dan penyusunan semula organisasi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
2. Menyelesaikan kajian permohonan berkaitan elaun dan bayaran insentif dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
3. Menyelesaikan urusan pengambilan di bawah penurunan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kelulusan pengisian.
4. Mengeluarkan surat penempatan dan menyediakan Penyata Perubahan (Kew. 8) bagi anggota lantikan baru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
5. Menyelesaikan urusan pengesahan pelantikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
6. Menyelesaikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
7. Menyelesaikan permohonan cuti berdasarkan Perintah Am Bab ‘C’ dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
8. Menyediakan dokumen persaraan bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kematian.
9. Menyelesaikan kes tatatertib terhadap anggota yang melanggar peraturan di bawah Lembaga Tatatertib KDN dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh maklumat lengkap diperolehi.
10. Menyelesaikan urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan di bawah Lembaga Kenaikan Pangkat KDN dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh maklumat lengkap diperolehi.
11. Menyelesaikan urusan permohonan penanggungan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
12. Menyelesaikan urusan permohonan kebenaran pemilikan tanah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
13. Mengesahkan maklumat dan pindaan rekod peribadi dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh penghantaran maklumat melalui HRMIS.
14. Mengambil maklum pengisytiharan harta anggota dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penghantaran maklumat yang lengkap melalui HRMIS.
15. Memastikan semua anggota KDN mengemukakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan selewat-lewatnya sebelum 15 Januari setiap tahun.
16. Mempastikan semua anggota KDN mencapai tujuh (7) hari latihan atau kursus dalam setahun.
17. Mengeluarkan keputusan peperiksaan perkhidmatan anjuran KDN dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh peperiksaan diadakan.
18. Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Tarikh Kemaskini : 01 Januari 2012
Urusan
Senarai Aktiviti di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
-
Urusan Pengambilan Jawatan Tetap
-
Urusan Pengambilan Sambilan / Sementara
-
Urusan Pengambilan Jawatan Kontrak
-
Urusan Pengambilan Jawatan Khidmat Singkat
-
Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Bagi Jawatan Tertutup KDN
-
Urusan Kursus Pemangkuan, Kenaikan Pangkat, Rayuan Kenaikan Pangkat & Penanggungan Kerja
-
Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Kumpulan P & P di Kementerian dan Jabatan
-
Urusan Penanggungan Kerja
-
Urusan Kursus Induksi Khusus
-
Urusan Kursus Induksi Umum
-
Urusan Latihan/Kursus/Seminar Anjuran Unit Latihan
-
Urusan Kursus/Latihan/Seminar Anjuran Intan/Swasta
-
Urusan Kursus/Latihan/Seminar Anjuran Negara Luar
-
Urusan Kursus/Latihan/Seminar Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
-
Urusan Peperiksaan Perkhidmatan (Ujian Menaip)
-
Urusan Penggubalan Sukatan Dan Soalan Peperiksaan Subjek Jabatan Bagi Jawatan Tertutup KDN
-
Urusan Bengkel Bimbingan dan Peperiksaan Bertulis Subjek Jabatan
-
Urusan Penggubalan Sukatan Dan Soalan Peperiksaan PTK
-
Urusan Bengkel Bimbingan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Dan Peperiksaan Bertulis PTK
-
Urusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Bagi Jawatan Tertutup KDN Gred 16 Ke Bawah -Kompetensi Umum [Temuduga]
-
Urusan Taklimat Kompetensi Khusus [Penilaian Penyelia] Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) & Urusan Taklimat Bimbingan PTK Bagi Jawatan Tertutup KDN Gred 16 Ke Bawah
-
Urusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Bagi Jawatan Tertutup KDN Gred 16 Ke Bawah -Kompetensi Khusus [Penilaian Praktikal]
-
Urusan Mesyuarat Lembaga Kompetensi KDN
-
Urusan Mesyuarat Panel Peperiksaan Subjek Jabatan
-
Urusan penyelarasan aktiviti pelaksanaan HRMIS di Kementerian dan Jabatan-Jabatan.
-
Urusan penyediaan pelaporan berkala pelaksanaan HRMIS di Kementerian dan Jabatan-Jabatan ke JPA .
-
Urusan pemantauan dan pemastian agar semua data asas dikemaskini dan disahkan di dalam HRMIS.
-
Urusan penetapan peranan dan aliran kerja modul dan submodul di dalam aplikasi HRMIS.
-
Urusan penyelarasan penyediaan infrastruktur bagi membolehkan pelaksanaan HRMIS di Kementerian dan Jabatan-Jabatan.
-
Urusan pengurusan sesi latihan/mesyuarat kerja berkaitan pelaksanaan HRMIS di Kementerian dan Jabatan-Jabatan.
-
Urusan pengurus setiaan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan, Pasukan Teras dan Pasukan Jaguh HRMIS Kementerian.Urusan pengendalian "Helpdesk" HRMIS Tahap 0.
-
Urusan pengendalian "Helpdesk" HRMIS Tahap 0.
-
Urusan promosi penggunaan aplikasi HRMIS di Kementerian.
-
Urusan Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (AKRAM)
-
Urusan Memberikan Perkhidmatan Kaunseling Secara Individu
-
Urusan Memberikan Perkhidmatan Kaunseling Melalui Telefon
-
Urusan Pembangunan Modul Psikologi
-
Urusan Progran Khidmat Runding (Pembangunan, Pencegahan dan Pemulihan)
-
Urusan Latihan Praktikum
-
Urusan Pembangunan Ujian /Inventori psikologi
-
Urusan Pelaksanaan Penggunaan Ujian Psikologi
-
Urusan Pelaksanaan Penggunaan Ujian Psikologi
-
Urusan Penganjuran Seminar atau Bengkel
-
Urusan Taklimat Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia
-
Urusan Menjadi Pakar Rujuk Perkhidmatan Psikologi
-
Urusan Memberikan Khidmat Kaunseling Melalu Email
-
Urusan Pengesahan Pelantikan
-
Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
-
Urusan Penetapan Semula Gaji Permulaan
-
Urusan Pergerakan Gaji Tahunan dan Anjakan Gaji
-
Urusan Pertukaran Pelantikan / Pertukaran Sementara / Pinjaman
-
Urusan Pelepasan Jawatan Dengan Izin
-
Urusan Persaraan Wajib
-
Urusan Persaraan Pilihan
-
Urusan Penyediaan Surat Penghargaan Kepada Bakal Pesara
-
Urusan Penanggungan Kerja
-
Urusan Cuti Haji
-
Urusan Cuti Sakit Lanjutan
-
Urusan Cuti Tanpa Rekod (Melebihi Had Kelayakan)
-
Urusan Cuti Separuh Gaji Atas Urusan Kesihatan
-
Urusan Cuti Tanpa Gaji Atas Urusan Sendiri
-
Urusan Elaun Pembantu Khas
-
Urusan Elaun Pakaian Panas
-
Urusan Bayaran Intensif Wilayah
-
Urusan Bayaran Intensif Tugas Kewangan
-
Urusan Bayaran Intensif Pengurusan Stor
-
Urusan Tambang Percuma Mengunjungi Wilayah Asal
-
Urusan Pindaan Nama Dalam Buku Perkhidmatan
-
Urusan Permohonan Menduduki Rumah Kerajaan
-
Urusan Cadangan Ke Atas Perubahan Skim Perkhidmatan
-
Urusan Penyediaan Bajet
-
Urusan Perolehan Harta Modal dan Inventori
-
Urusan Kad Perakam Waktu
-
Urusan Daftar Masuk Surat Menyurat
-
Urusan fail-fail dan rekod Bahagian
-
Menguruskan jawapan Parlimen Bahagian
-
Urusan rekod cuti pegawai dan kakitangan Bahagian
-
Urusan Penempahan Bilik Mesyuarat dan Makanan
-
Urusan Mengedarkan Surat / Memo dan Pekeliling
-
Urusan Pewujudan Jawatan Tambahan/Baru Dan Penyusunan Semula Struktur Organisasi
-
Urusan Permohonan Kemudahan Elaun dan Bayaran Insentif
-
Urusan Cadangan Ke Atas Perubahan Skim Perkhidmatan
-
Urusan Pewujudan Kelulusan pengisian jawatan kosong di Jabatan/Agensi
-
Urusan Pemansuhan Perjawatan
-
Urusan Pindahan Butiran Perjawatan
-
Urusan Menyediakan Data Perjawatan Bulanan
-
Urusan Mengemas kini Waran Perjawatan
-
Urusan Penyediaan Jawapan Parlimen
-
Urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
-
Urusan Menguruskan Proses Anjakan Gaji
-
Urusan Memproses Pergerakan Gaji Biasa
-
Urusan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia
-
Urusan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
-
Urusan Anugerah Sijil Khas
-
Urusan Tindakan Tatatertib Terhadap Perintah Tahanan Buang Kerja Dan Sebagainya
-
Urusan Tindakan Surcaj
-
Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Yang Tidak Hadir Bertugas Terus Menerus Atau Tidak Dapat Dikesan
-
Urusan Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
-
Urusan Permohonan Kelulusan Pemilikan Tanah/Saham
-
Urusan Permohonan Kelulusan Penglibatan Dalam Politik
-
Urusan Kelulusan Penerimaan Hadiah
-
Urusan Pengisytiharan Harta
Senarai borang di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
-
Borang permohonan jawatan kosong
-
Borang maklumat tambahan
-
Borang laporan ujian fizikal
-
Borang butiran kehadiran
-
Borang Setuju-Terima
-
Borang pemeriksaan doctor
-
Borang akuan sumpah
-
Borang Tuntutan Penceramah
-
Borang Penilaian Kursus
-
Borang Penilaian Keberkesanan Latihan
-
Borang Permohonan Peperiksaan PTK
-
Borang Penilaian (Penyelia)
-
Borang Penilaian (Praktikal)
-
Borang Penilaian (Temuduga)
-
Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan)
-
Borang rekod peribadi
a. BORANG K 001 - TEMUJANJI
b. BORANG K 002 - BIODATA KLIEN
c. BORANG K 003 - RINGKASAN TEMUBUAL PERTAMA
d. BORANG K 004 - LAPORAN SESI/ KEMAJUAN
e. FORMAT LAPORAN UJIAN PSIKOLOGI
f. FORMAT LAPORAN KAUNSELING
17. Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan
18. Borang opsyen
19. Borang akuan sumpah
20. Borang lawatan persendirian ke luar Negeri
21. Borang permohonan biro tatanegara
22. Borang permohonan pendahuluan diri
23. Borang permohonan kuarters
24. Borang permohonan pas keselamatan
25. Borang pemberian taraf berpencen
26. Borang permohonan tambang mengunjungi wilayah asal
27. Borang permohonan pinjaman peralatan pejabat
28. Borang pertukaran waktu berkerja
29. Borang permohonan peralatan pejabat
30. Borang permohonanmenggunakan kenderaan
31. Borang tempahan makanan dan minuman
32. Borang aduan kerosakan dan penyelenggaraan bangunan
1. Borang permohonan jawatan kosong
2. Borang maklumat tambahan
3. Borang laporan ujian fizikal
4. Borang butiran kehadiran
5. Borang Setuju-Terima
6. Borang pemeriksaan doctor
7. Borang akuan sumpah
8. Borang Tuntutan Penceramah
9. Borang Penilaian Kursus
10. Borang Penilaian Keberkesanan Latihan
11. Borang Permohonan Peperiksaan PTK
12. Borang Penilaian (Penyelia)
13. Borang Penilaian (Praktikal)
14. Borang Penilaian (Temuduga)
15. Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan
16. Borang rekod peribadi
a. BORANG K 001 - TEMUJANJI
b. BORANG K 002 - BIODATA KLIEN
c. BORANG K 003 - RINGKASAN TEMUBUAL PERTAMA
d. BORANG K 004 - LAPORAN SESI/ KEMAJUAN
e. FORMAT LAPORAN UJIAN PSIKOLOGI
f. FORMAT LAPORAN KAUNSELING
17. Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan
18. Borang opsyen
19. Borang akuan sumpah
20. Borang lawatan persendirian ke luar Negeri
21. Borang permohonan biro tatanegara
22. Borang permohonan pendahuluan diri
23. Borang permohonan kuarters
24. Borang permohonan pas keselamatan
25. Borang pemberian taraf berpencen
26. Borang permohonan tambang mengunjungi wilayah asal
27. Borang permohonan pinjaman peralatan pejabat
28. Borang pertukaran waktu berkerja
29. Borang permohonan peralatan pejabat
30. Borang permohonanmenggunakan kenderaan
31. Borang tempahan makanan dan minuman
32. Borang aduan kerosakan dan penyelenggaraan bangunan
Soalan Lazim
SOALAN LAZIM BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?
o Syarat permohonan pertukaran:
- bertujuan untuk pusingan kerja (tempoh tertakluk kepada jenis agensi);
- sesuai dengan rancangan pembangunan kerjaya; dan
- mempunyai/mengemukakan alasan yang munasabah; dan mendapat pelepasan Ketua Jabatan.
2. Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?
o Tidak. Beberapa faktor lain juga diambilkira. Misalnya
- Kursus kenaikan pangkat
- Temuduga
- Kesesuaian dan kelayakan anggota dengan jawatan yang akan disandang berasaskan kepada perakuan Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
3. Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?
o Tidak boleh, kecuali jika kuota tersebut menghadkan angka 0.5 ke atas. Misalnya, jika kuota melintang 2% bersamaan dengan 3.5 orang, maka ia bolehlah digenapkan menjadi 4 orang.
4. Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi mereka?
o Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai kerana keengganan mereka itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.
5. Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?
o Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.
6. Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?
o Ketua Jabatan yang dimaksudkan di dalam borang berkenaan ialah pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi dan merupakan penyelia kepada pegawai/kakitangan bawahannya. Bagi pegawai/kakitangan yang bertugas di sesebuah Bahagian/Cawangan, Ketua Jabatannya ialah Ketua Bahagian atau Cawangan berkenaan. Bagi pegawai kanan di Kementerian umpamanya Pengarah Bahagian maka Ketua Jabatannya adalah Ketua Setiausaha Kementerian itu.
7. Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?
o Bagi perkhidmatan awam, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 tidak melarang pelantikan ke jawatan gred kenaikan pangkat oleh Pihak Berkuasa Melantik. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah pihak berkuasa berkanun, mereka perlu merujuk kepada undang-undang penubuhannya atau peraturan berkaitan perkhidmatan kakitangan yang berkuatkuasa di Badan berkenaan sebelum boleh melaksanakan perkara ini kerana peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam, khususnya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 tidak terpakai kepadanya kecuali telah diterimapakai oleh pihak pengurusannya.
8. Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?
o Penetapan gaji permulaannya hendaklah mematuhi Peraturan (5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, iaitu di matagaji tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya.
9. Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di mana dipersetujui oleh semua pihak?
o Peraturan (3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 membolehkan anggota yang kembali ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam jawatan baru dipertimbangkan mata gaji yang sama dengan yang diterimanya sehari sebelum tarikh anggota itu dilantik ke jawatan baru.
10. Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?
o Pemberian cuti berkenaan tertakluk kepada syarat sama ada kemudahan tersebut diperuntukkan dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani oleh anggota. Sekiranya ada, dan anggota telah menggunakan kemudahan itu, maka pengiraan ganjarannya hendaklah dibuat secara prorata (proportionate), di mana tempoh cuti tanpa gaji tidak diambilkira dalam pengiraan tersebut.
11. Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991, mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan tersebut.
o Permohonan penama tidak dapat dipertimbangkan kerana kaedah penetapan gaji permulaan bagi anggota KPSL seperti yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1997 berkuatkuasa mulai 1.1.1992 dan tidak terpakai kepadanya. Begitu juga peraturan pemberian hadiah pergerakan gaji tidak boleh digunapakai kerana pelaksanaannya hanya kepada jawatan tertentu yang berasaskan pencapaian akademik dan skil.
12. Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi ingin mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-
o Dalam keadaan bila pekerja sambilan boleh diambil?;
o Prosedur pengambilan pekerja sambilan;
o Cuti rehat bagi pekerja sambilan; dan
o Rawatan perubatan untuk pekerja sambilan.
o Pengambilan pekerja sambilan adalah salah satu alternatif bagi Ketua Jabatan menyelesaikan beban tugas sedia ada dengan pengambilan secara bukan tetap bagi tempoh tidak melebihi setahun. Ketua Jabatan boleh menguruskan pengambilan pekerja sambilan apabila jabatan menghadapi sesuatu tugas yang perlu disegerakan tetapi tidak dapat disempurnakan dengan bilangan staf yang ada. Perkara dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1978. (SPP 9/ 1978).
o Permohonan kelulusan pengambilan pekerja sambilan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan kewangan atau menggunakan peruntukan sedia ada bagi pembayaran upah. Prosedur permohonan dijelaskan dalam SPP 9/1978. Permohonan hendaklah lengkap dengan mengemukakan maklumat berikut:
- butiran tugasan yang ingin dilaksanakan;
- jenis jawatan dalam jabatan yang biasa menjalankan tugasan seperti dipohon;
- bilangan pekerja yang diperlukan;
- jangka masa tugas boleh diselesaikan;
- sebab atau alasan kenapa pekerja sambilan diperlukan; dan
- maklumat lain yang berkaitan.
o Pekerja sambilan layak diberi Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi 7 hari Cuti Rehat dalam satu tahun kalendar. Baki Cuit Rehat yang tidak diambil tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Kelayakan ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan (PP) Bil. 17 Tahun 2005.
o Pekerja sambilan layak mendapat rawatan perubatan percuma untuk dirinya tidak termasuk suami/ isteri dan anak di klinik atau hospital Kerajaan. Kelayakan memasuki wad adalah tidak melebihi kelas dua. Perkara dijelaskan di dalam PP Bil. 3 Tahun 1994.
13. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?
o Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.
14. Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan?
o Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:
- hilang kekananan selama tempoh cuti tanpa gaji;
- layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatannya sebelum cuti tanpa gajinya bermula; dan
- layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh perkhidmatan.
15. Bolehkah Dijelaskan Mengenai Kelayakan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Anggota Sambilan?
o Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005, anggota sambilan adalah layak diberi 1 hari cuti rehat bergaji penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi tujuh hari dalam setahun kalendar. Bilangan hari bekerja yang melayakkan anggota sambilan diberi cuti rehat bergaji penuh tidak dihadkan kepada hari bekerja dalam sesuatu bulan tertentu sahaja bahkan anggota boleh mengumpul hari bekerja dalam bulan yang lain tetapi hendaklah dalam tahun yang sama.
16. Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?
o Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-
- Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan - Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha - Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan) - Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha (dengan perakuan Lembaga Perubatan)
Cuti Sakit Lanjutan boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut, jika anggota belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.
17. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam buku perkhidmatan ?
o Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan yang disahkan mengikut perenggan 3 & 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002
18. Adakah menjadi kesalahan sekiranya pegawai meminta orang lain tolong mengetik kad perakam waktu?
o Ya seperti di perenggan 2.3, Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.
19. Apakah tindakan yang perlu diambil kepada kakitangan yang datang lewat ke pejabat tanpa alasan munasabah dan tidak mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan?
o Ketua Jabatan perlu melaporkan ketidakhadiran pegawai tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 25, Bahagian III, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002-P.U.(A) 246.
20. Apakah faedah yang diperolehi dari pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sesebuah Jabatan?
o Faedah yang diperolehi seperti di perenggan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun 1991.
21. Bolehkah seseorang pegawai Kerajaan melihat Buku Rekod Perkhidmatannya?
o Boleh seperti di Bahagian II perenggan 2.4 (d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
22. Bolehkah Anggota Perkhidmatan Awam mendapat cuti tanpa rekod kerana kematian ahli keluarga terdekat?
o Boleh seperti di perenggan 3 (b) dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.
23. Bolehkah pegawai dalam kumpulan sokongan yang menerima bintang atau pingat kebesaran menuntut elaun pakaian?
o Boleh seperti di perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan perenggan 3. ii, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
24. Apakah jenis rawatan perubatan secara percuma untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB)?
o Rawatan perubatan secara percuma yang diberikan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti di perenggan 8 (a) Perintah Am Bab F (1974) dan perenggan 3.3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993.
25. Bolehkah pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumpul cuti rehat bagi tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR)?
o Boleh seperti di perenggan 3 dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.
26. Apakah nama skim-skim perkhidmatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal?
o Sebanyak 36 skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.
27. Bolehkan pegawai Kerajaan mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.?
o Boleh seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.
28. Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?
o Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H.
29. Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu / Ahad / Kelepasan Am layak memohon Cuti Gantian?
o Tidak layak
30. Senaraikan jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak di pohon oleh pegawai Kerajaan?
o Ada TIGA (3) jenis cuti iaitu Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji seperti di perenggan 6, Perintah-perintah Am, Bab C (1974) Cuti.
31. Bolehkah pegawai yang telah berkhidmat dengan Kerajaan melebihi satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan persendirian?
o Boleh seperti di perenggan 14 (a) hingga (c), Perintah Am Bab C (1974) Cuti.
32. Apakah yang dimaksudkan dengan cuti kerantina?
o Cuti Kerantina ialah apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri ditahan di mana-mana stesyen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan seperti yang dijelaskan di perenggan 24(a), Perintah Am Bab C 1974.
33. Bolehkah elaun basikal dibayar kepada Pembantu Am Pejabat yang menggunakan basikal sendiri untuk menjalankan tugas rasmi?
o Boleh seperti di perenggan 4.10.1, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
34. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA)?
o Tidak Layak seperti di perenggan 4.(c), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.
35. Bolehkah pegawai yang akan menunaikan fardhu haji kali kedua diluluskan cuti haji?
o Cuti haji hanya diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai seperti di perenggan 2(ii), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.
36. Apakah faedah-faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai yang menerima Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)?
o Pegawai akan dibayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan rawatan dan perubatan dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.
37. Apakah jawatan-jawatan yang tidak boleh diperakukan untuk penanggungan kerja?.
o Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah seperti di perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 tahun 2007.
38. Bolehkah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bergiat cergas dalam parti politik?
o Tidak boleh seperti di perenggan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, P.U. (A) 246.
39. Kenapa pegawai yang lulus PTK Aras IV (Umum dan Khusus) tidak mendapat Anjakan Gaji? bagi gred lantikan dan kenaikan pangkat)
o Pegawai hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 seperti berikut:
- Bagi gred lantikan perlulah disahkan dalam perkhidmatan, lulus PTK yang ditentukan, berkhidmat tidak kurang 3 tahun, tahap prestasi baik serta diperakukan Ketua Jabatan.
- Bagi gred kenaikan pangkat perlulah lulus PTK yang ditentukan, berada di gred kenaikan pangkat tidak kurang dari satu tahun, prestasi baik serta perakuan Ketua Jabatan.
40. Siapakah pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja jawatan lain?
o Perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 menyatakan pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja iaitu:
- telah disahkan dalam perkhidmatan;
- jika belum disahkan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun;
- pegawai yg paling kanan, kelulusan dan kemahiran; dan
- berprestasi baik.
41. Apakah kriteria pemberian taraf Perkhidmatan Kritikal kepada sesebuah perkhidmatan?
o Perenggan 17, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan perenggan 30, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu:
- peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara;
- persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih;
- kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut; dan
- keadaan persekitaran tempat kerja
42. Apakah jenis harta yang tidak boleh dimiliki oleh pegawai awam?
o Pegawai Awam tidak boleh memiliki lesen kenderaan perniagaan, lesen kenderaan perkhidmatan awam, lesen perniagaan hiburan atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan seperti di perenggan 26, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
43. Adakah tempoh cuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara boleh diambilkira untuk faedah pencen?
o Tidak boleh seperti di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.
44. Apakah yang perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai?
o Semua maklumat mengenai pegawai seperti Bahagian II, perenggan 2.3 (a) hingga (e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
45. Bolehkah pegawai yang mengambil kemudahan cuti menjaga anak membuat kerja-kerja sambilan yang dibayar upah?
o Tidak boleh, seperti di perenggan 3, iii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
46. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?
o Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227).
47. Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak dibayar pencen?
o Tidak, seperti di perenggan 20 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).
48. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang melakukan gangguan seksual di pejabat?
o Tindakan tatatertib boleh diambil seperti di perenggan 4.3 dan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 dan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.
49. Bilakah Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan?
o Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan di perenggan 19, Perintah Am Bab F 1974.
50. Perlukah Pegawai Penilai Pertama memaklumkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) markah yang diperolehi supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati?
o Tidak perlu. Walau bagaimanapun Pegawai Penilai Pertama hendaklah memaklumkan kepada PYD mengikut cara yang sesuai seperti di perenggan 26.17 Bahagian VIII Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
51. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak berpuas hati dengan tarikh kenaikan pangkatnya membuat rayuan?
o Boleh seperti di perenggan 19, dan 20(1) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 di mana rayuan boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai yang berkenaan.
52. Siapakah anggota yang layak untuk dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
o Anggota yang layak seperti di perenggan 5 dan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002.
53. Bolehkah Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 yang telah lulus Peperiksaan PTK dan telah berkhidmat melebihi 10 tahun dinaikkan pangkat ke Gred N4 secara “time based“?
o Tidak boleh kerana urusan kenaikan pangkat sesuatu jawatan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.
54. Apakah jawatan- jawatan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) yang boleh dipohon oleh Pembantu Am Pejabat ?
o Terdapat lapan (8) jawatan memperuntukkan kenaikan pangkat secara lantikan(KPSL) kepada Pembantu Am Pejabat seperti di Lampiran A1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.
55. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Jumud?
o Buku Istilah Perkhidmatan Awam yang boleh dilayari di http://www.jpa.gov.my/daftar/d1.htm merujuk Perkhidmatan Jumud sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandang dalam perkhidmatan yang dijumudkan.
56. Bolehkah seseorang pegawai awam dipinjamkan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia?
o Boleh, seperti di Bahagian II, perenggan 12 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007.
57. Apakah perkara yang perlu dinyatakan dalam iklan kekosongan jawatan untuk tujuan pengambilan ?
o Perkara-perkara yang perlu dinyatakan seperti di Bahagian III, perenggan 14 (2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.
58. Bolehkah Ketua Jabatan memberi kebenaran kepada pegawai awam yang mempunyai anak kurang upaya menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan anak-anak mereka?
o Boleh dengan menggunakan masa-masa tertentu yang diperlukan dalam Waktu Bekerja biasa mengikut kesesuaian masing-masing seperti surat JPA(S) 1619 Klt. 11(29) bertarikh 30 Ogos 2004.
59. Bolehkah Jabatan menganjurkan program-program kebajikan untuk kakitangannya?
o Boleh seperti di perenggan 1.24, Bahagian 1 Pengurusan Am Pejabat.
60. Perlukah perlembagaan / pindaan perlembagaan diedarkan kepada semua ahli?
o Perlu seperti yang tercatat dalam perenggan 15, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.
61. Apakah isu yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan/dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ?
o Menurut perenggan 9, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002, isu yang boleh dibincangkan adalah berkaitan dengan syarat perkhidmatan, perjalanan organisasi serta pentadbiran kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan. Walau bagaimanapun, isu dasar boleh dijelaskan dengan tujuan kemudahan pelaksanaannya.
62. Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan dan mengemaskini rekod peribadi di dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (Human Resource Management Information System - HRMIS)?
o Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi (Competency Owner - CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemas kini data jika berlaku sebarang perubahan pada rekod peribadi.
63. Apakah prosedur permohonan pertukaran anggota gunasama Kementerian?
o Mulai November 2011, semua pegawai / kakitangan perkhidmatan gunasama yang ingin mengemukakan permohonan bertukar keluar daripada Kementerian serta Jabatan/Agensi hendaklah melakukannya dengan menggunakan HRMIS melalui Modul Perolehan Sumber Manusia. Permohonan tersebut akan disalurkan terus melalui HRMIS kepada JPA. Walau bagaimanapun, permohonan bertukar dalaman Kementerian dan Jabatan/Agensi masih dilaksanakan secara manual di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN dan Jabatan/Agensi.
64. Apakah prosedur permohonan lawatan ke luar negara (persendirian)?
o Mulai 1 Januari 2012, bagi warga KDN, permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh lawatan. Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah diturunkan kuasa oleh Ketua Setiausaha KDN untuk meluluskan permonan lawatan ke luar negara bagi pegawai gred 54 dan ke bawah manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Ketua Jabatan diluluskan oleh KSU. Permohonan lawatan ke luar negara bagi warga Jabatan/Agensi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing.
Hubungi Kami
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (SM)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3, Blok D1, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya.
Tel : 03-8886 8650
Fax : 03-8888 0756 / 8812
Penempatan dan Pertukaran
|
PENEMPATAN/PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KDN BAGI BULAN MAC, APRIL DAN MEI 2012 |
||||
| NAMA | JAWATAN | DARI | KE | TARIKH KUATKUASA |
| NORSYAZWANA BINTI ABD JALIL | PT (KEW) W17 | CIAST | KF | 1 MAC 2012 |
| SITI HAJAR BINTI TUMERAN | PT (KEW) W17 | KF, SELANGOR | AADK | 1 MAC 2012 |
| KHAIRIL AZALI BIN IBRAHIM | PTD M48 | ATASE INDIA, JIM | MAPO | 12 MAC 2012 |
| WAN MUZAFFAR SHAH BIN WAN MUNSIFF | PTD M48 | JAKIM | PG | 19 MAC 2012 |
| SABARIAH BINTI ATAN DIN | PTD M48 | PG | KW | 19 MAC 2012 |
| MOHD NAZIB BIN CHE DIN | PTD M48 | JIM | PB | 19 MAC 2012 |
| TANTY IDAYU BINTI SALAM | PT (P/O) N17 | JABATAN PERPADUAN NEGARA | PQ | 19 MAC 2012 |
| MAZLIANI BINTI AWANG @ YASIN | PAP N1 | PB | PEJABAT KSU | 28 MAC 2012 |
| NOOR LIYANA BINTI ISA | PAP N1 | SM | PB | 28 MAC 2012 |
| AHMAD NAJME BIN MUHAMMAD | PTD M52 | HP | PP | 1 APRIL 2012 |
| HAJI MOHAMAD AZROIN BIN HAJI HASSAN | PPHEI S27 | JAKIM | PQ, PERAK | 2 APRIL 2012 |
| YUSRI BIN MD YUNUS | PT (P/O) N17 | SM | JPN | 4 APRIL 2012 |
| JAAFAR BIN YAHAYA | PT (P/O) N26 | IPD PUTRAJAYA | IM | 9 APRIL 2012 |
| MASURAH BINTI RASUL | PT (P/O) N17 | IPPK PERLIS | KF | 9 APRIL 2012 |
| WAN NEDIAH BINTI WAN YUNUS | PEMB. PENGUATKUASA N17 | PQ, JOHOR | PQ | 16 APRIL 2012 |
| FAUZIANA BINTI TULOS | PT (P/O) N17 | MAPO | JIM | 2 MEI 2012 |
| SHARIFAH NORAISHAH BINTI SYD JAAFAR | PT (KEW) W17 | PL | PDRM | 14 MEI 2012 |
| NURUL ASMA BINTI MOHD ZAINI | PT (KEW) W17 | IPD RAUB, PAHANG | PL | 14 MEI 2012 |
More Articles...
Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan
Capaian Pengguna
Pautan
Kalendar KDN






Maklumat Korporat