1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Carta Organisasi Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

Permohonan Pembaharuan Lesen Agensi Persendirian Tahun 2015 boleh dibuat mulai pada 1 Oktober 2014 secara online (melalui laman web - http://kdnapps.kdn.gov.my/portal).


Garis Panduan Pembaharuan Lesen 2015

Permohonan Pembaharuan Lesen 2(a) dan Lesen 2(a) & 2(b)

Senarai Semak
Borang E - Maklumat Pengurusan dan Kakitangan
Borang F - Maklumat Pengawal Keselamatan
Borang G - Maklumat Pengawal Keselamatan Nepal
Borang H - Maklumat Senjata Api
Maklumat Cawangan
Maklumat Kontrak/Tender

Permohonan Pembaharuan Lesen 2(b)

Senarai Semak
Borang E - Maklumat Pengurusan dan Kakitangan
Maklumat Cawangan


 Permohonan Pembaharuan Lesen 2(a) In-House

Senarai Semak
Borang E - Maklumat Pengurusan dan Kakitangan
Borang F - Maklumat Pengawal Keselamatan

Permohonan Tambah Cawangan

Maklumat Cawangan
Borang Permohonan Tambah Cawangan
Syarat Tambah Cawangan

Sebagai Peringatan tempoh akhir Permohonan Pembaharuan Lesen Agensi Tahun 2015 adalah pada 31 Disember 2014 di mana kegagalan syarikat mengemukakan permohonan dalam tempoh tersebut, lesen bagi tahun 2015 tidak akan diperbaharui.


 

1. Dasar Kualiti  [ MS ISO 9001 : 2000 ]

  • Adalah menjadi matlamat kami menyediakan Perkhidmatan Kawalan Agensi Persendirian dan Kawalan Penerbitan yang cekap, cepat dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan.
  • Kami juga komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua objektif kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa sesuai mengikut kehendak pelanggan.

2. Objektif Kualiti  [ MS ISO 9001 : 2000 ]

  • Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap fungsi yang terlibat dalm Sistem Pengurusan Kualiti seperti berikut:

Kawalan Agensi Persendirian

i.   Permohonan Baru Lesen Agensi Persendirian  

  • Tempoh masa dari temu duga sehingga keputusan dimaklumkan kepada permohonan – 1 bulan

ii.  Permohonan Pembaharuan Lesen Agensi Persendirian

  • Tempoh masa dari tarikh penerimaan permohonan pembaharuan lesen yang lengkap sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon – 1 bulan

iii. Permohonan Penubuhan Cawangan Baru

  • Tempoh masa dari tarikh penerimaan permohonan penubuhan cawangan baru Agensi Persendirian sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon – 1 bulan

iv. Permohonan Tapisan Keselamatan Pengawal Keselamatan

  • Tempoh masa dari tarikh penerimaan permohonan sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon – 3 bulan

v. Permohonan Pertukaran Ahli Lembaga Pengarah dan Penstrukturan Semula Saham

  • Tempoh masa dari tarikh penerimaan permohonan untuk penstrukturan / pelantikan ahli lembaga pengarah / penstrukturan semula saham sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon – 1 bulan 

Alamat:        Kementerian Dalam Negeri
                   Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
                   Aras 10, Blok D1, Kompleks D
                   62546 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                   Putrajaya


Tel:             03-8886 8064

Faks:           03-8889 1763 / 1751

E-Mel:           Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Unit Agensi Persendirian

  1. Mengeluarkan surat keputusan permohonan lesen baru agensi kawalan keselamatan dari tarikh permohonan lengkap diterima - 1 bulan.
  2. Mengeluarkan surat keputusan permohonan pembaharuan lesen agensi kawalan keselamatan dari tarikh permohonan lengkap diterima - 1 bulan.
  3. Mengeluarkan surat keputusan permohonan penubuhan cawangan baru dan peluasan kawasan operasi agensi kawalan keselamatan dari tarikh permohonan lengkap diterima - 1 bulan.
  4. Mengeluarkan surat keputusan permohonan tapisan keselamatan Pengawal Keselamatan dari tarikh permohonan lengkap diterima - 3 bulan.
  5. Mengeluarkan surat keputusan permohonan untuk penstrukturan/ pelantikan ahli lembaga pengarah/ penstrukturan semula saham dari tarikh permohonan lengkap diterima - 1 bulan.
     

Unit Pelesenan dan Tapisan

  1. Mengeluarkan surat keputusan terhadap rayuan untuk memiliki, menukar milik, bawa dan guna, mendapatkan kembali dan tukar syarat senjata api di bawah Seksyen 30(4) Akta Senjata 1960 dari fail perayu diterima daripada pihak PDRM - 5 bulan.
  2. Mengeluarkan surat keputusan terhadap permohonan mendirikan magazin menyimpan bahan letupan di bawah Seksyen 25 Akta Bahan Letupan 1957 dari tarikh penerimaan dokumentari yang telah disempurnakan oleh PDRM - 1 bulan.
  3. Mengeluarkan surat keputusan dasar terhadap permohonan mengadakan pertunjukan bunga api dan piroteknik dari tarikh permohonan yang lengkap diterima - 14 hari bekerja.
  4. Mengeluarkan surat keputusan dasar terhadap permohonan membawa masuk senjata-senjata berjadual di bawah Ordinan Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dari tarikh permohonan yang lengkap diterima - 1 bulan.
  5. Mengeluarkan surat keputusan tapisan keselamatan bagi lawatan ke Negara terkawal, pelantikan kakitangan Suruhanjaya Sekuriti, permohonan-permohonan untuk pelepasan bagi tempoh kerja dua (2) tahun di luar Negara dan perolehan harta oleh warga asing dari tarikh permohonan yang lengkap diterima - 3 BULAN.
     

Unit Undang-undang Pencegahan

  • Mengeluarkan keputusan terhadap kes fail undang-undang pencegahan   dari tarikh mula ditahan - sebelum hari ke 60.

Unit Pemulihan

  • Menguruskan perakuan tahap pemulihan orang tahanan/ sekatan yang akan tamat pada bulan berikutnya - SEBELUM tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Orang Tahanan.

Unit Siasatan

  • Menyempurnakan siasatan terhadap kes di bawah Akta Dadah Berbahaya ( LLPK) 1985 dari tarikh mula ditahan - sebelum hari ke 50.

More Articles...

  1. Pengenalan

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16036034

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime