Tapisan Keselamatan
- Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat pengesahan ketulenan MyKad kakitangan dan pengawal keselamatan secara biometrik terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat tapisan keselamatan ke atas semua pengurusan syarikat agensi persendirian, kakitangan dan pengawal keselamatan.
- Syarikat Agensi Persendirian hendaklah membuat permohonan tapisan keselamatan secara online di https://esims.moha.gov.my.
- Syarikat Agensi Persendirian hendaklah memuatnaik gambar berukuran passport yang terkini (Gambar hendaklah menampakkan keseluruhan wajah dan kedua-dua paras bahu dengan jelas).
- Pengawal keselamatan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Penduduk Tetap adalah tidak dibenarkan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Nota: Syarikat Agensi Persendirian merujuk kepada syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Agensi Persendirian 1971