header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Koleksi Ucapan
  • Teks Taklimat Ketua Sekretariat BOL@KDN, YBrs. Pn Hashimah binti Nik Jaafar, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KDN

Teks Taklimat Ketua Sekretariat BOL@KDN, YBrs. Pn Hashimah binti Nik Jaafar, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KDN

 
TAKLIMAT KETUA SEKRETARIAT BOL@KDN
YBRS. PN HASHIMAH BINTI NIK JAAFAR
 
LEADERSHIP FAIR . DEWAN GEMILANG . 28 FEBRUARI 2017
 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH,SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1KDN
YBHG. DATO’ ALWI BIN HJ. IBRAHIM 
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
YBHG. DATO’ WAN ALI BIN BESAR
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENGURUSAN
 
YBHG. DATO’ MUSTAFAR BIN HAJI IBRAHIM
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KESELAMATAN
 
YBHG. DATO’ SURAINI BINTI DATO’ AHMAD
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA DASAR DAN KAWALAN
 
SETIAUSAHA-SETIAUSAHA BAHAGIAN;
PEGAWAI-PEGAWAI DARI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN RINTIS BOL@MINISTRY;
PROFILING EXPERT, SEKRETARIAT BOL@KDN, DAN
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, YANG SAYA KASIHI SEKELIAN
 
 
PENDAHULUAN BOL@Ministry>
 
Para hadirin sekelian,
Seperti yang kita sedia maklum Kementerian Dalam Negeri merupakan salah satu kementerian rintis bagi program Blue Ocean Leadership @ Ministry di samping Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili sektor masing-masing.
Strategi Lautan Biru Nasional atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) sudah biasa kita dengari.  Pendekatan bagi mencari pasaran baru ini merupakan satu konsep besar dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai tindakan dan keputusan untuk mencapai  objektif yang ditetapkan.
Blue Ocean Leadership atau BOL adalah salah satu initiatif terbaru kepimpinandan keterlibatan penjawat awam yang diterajui oleh Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN. Berdasarkan kajian, pengalaman, tests and trials yang dijalankan oleh INTAN terhadap konsep ini di Jabatan Perkhidmatan Awam, maka terhasillah kerangka proses BOL iaitu:
 
1) Mengenalpasti  realiti kepimpinan semasa;
2) Membangunkan kepimpinan dihasratkan;
3) Perkongsian dan pemilihan kepimpinan yang dihasratkan; dan
4) Menginstitusikan praktis kepimpinan yang dipilih.
 
Saya sebagai Ketua Sekretariat BOL@KDN mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan perunding INTAN kerana mempermudahkan pelaksanaan BOL@KDN atas kerjasama , tunjukajar dan perkongsian pengalaman yang diberikan kepada pasukan kami.
DEFINISI BOL
 
Para hadirin,
Izinkan saya memudahkan pemahaman kita terhadap BOL ini.
Konsep BOL ini adalah untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan yang dapat menzahirkan potensi, bakat dan kemampuan organisasi lebih cepat dengan kos yang rendah. Blue Ocean Leadership berpendapat bahawa terdapat hubungkait di antara kepimpinan, praktis organisasi dan tahap keterlibatan warga kerja dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi.
 
Menurut kajian Gallup (State of the American Report 2013) hanya 30% daripada  pekerja sangat komited untuk melaksanakan tugas  sebaik mungkin (engaged), 50% menyiapkan  kerja seadanya (tidak komited) manakala 30% lagi sangat tidak komited malah counterproductive dan menyebarkan negativiti di tempat kerja.  
Kajian ini juga mendapati punya utama ketidakterlibatan pekerja adalah kelemahan kepimpinan.  Maka cabarannya adalah untuk kita memastikan kepimpinan yang ada diubah kepada kepimpinan yang dihasratkan iaitu yang berimpak tinggi, di samping keterlibatan yang tinggi di kalangan warga kerjanya berkaitan kepimpinan itu sendiri.
 
Hadirin yang saya hormati,
Apakah yang kita bayangkan apabila muncul perkataan PEMIMPIN di benak kita?Pegawai-pegawai atasan? Bertali lahir, bersepatu kulit, mempengerusikan mesyuarat? Pastinya juga kita membayangkan bahawa pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa bersama orang yang dipimpin, mendengar dan menyelesaikan masalah dengan cekap, cepat dan tepat.
  
Teori-teori kepimpinan sebelum ini sering menyebut bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik,sikap dan keupayaan kognitif memainkan peranan penting dalam menjamin pemimpin berprestasi tinggi..   Namun, hakikatnya,memupuk sikap, keupayaan kognitif atau kemahiran memimpin memerlukan masa yang panjang terutamanya jika seseorang pemimpin itu bukannya mempunyai bakat semulajadi (natured). Malah, walaupun telah berpuluh kali menghadiri latihan dan kursus kepimpinan serta beribu-ribu ringgit dibelanjakan, masih terdapat segelintir pegawai yang gagal menjadi pemimpin seperti yang diharapkan.
Dalam BOL ini, keberkesanan kepimpinanmemfokuskan kepada perbuatan (act) dan aktiviti (activities) seseorang pemimpin itu. Ini kerana Act & Activities ini ada ukurannya (measurable), kelihatan (visible),boleh diberikan teguran dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Di sinilah peranannya keterlibatan warga kerja dalam sesebuah organisasi.  BOL menyatakan bahawa warga organisasi adalah pelanggan kepada kepimpinan.(“employees are customers of leaderships”).  
Kepimpinan adalah satu perkhidmatan di mana warga organisasi boleh memilih untuk membelinya atau tidak.  Sekiranya warga organisasi menghargai kepimpinan itu, mereka akan melibatkan diri (engaged) dan lantas menjadi pengguna yang setia, begitu jugalah sebaliknya. Bagi memastikan warga kerja menerima kepimpinan itu, pandangan dan keperluan mereka perlu diambilkira dalam menetapkan apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Untuk itu, pemimpin perlulah memahami bahawa pelanggan-pelanggan mereka inilah yang perlu berdepan dengan realiti pasaran. Bagi membolehkan mereka menyampaikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggn,pemimpin perlulah mendapat input dan pandangan di mana act and activities yang tidak memberi nilai tambah  boleh menjadi penghalang kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan mereka.
 
Selain daripada itu, kepimpinan sebenarnya  tidak tertumpu kepada pengurusan atasan sahaja.  Kepimpinan menyeluruh (Distributive Leadership) dalam BOL menyatakan bahawa kunci kejayaan sesebuah organisasi itu amat bergantung kepada motivasi dan tindakan pemimpin frontliners (gred 22- 40) dan pemimpin pertengahan (gred 41 -52). 
 
PELAKSANAAN BOL@KDN>
 
Hadirin yang saya kasihi,
Sehubungan itu, bagi melaksanakan BOL@KDN, pengurusan atasan KDN telah melantik seramai 13 orang ahli sekretariat bagi membantu keurusetiaan, logistik, dokumentasi dan teknikal.  Manakala 21 orang Profiling Expert dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai berwibawa KDN gred 52 hingga  Jusa B. 
96 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menilai tahap kepimpinan level 4 gred 22 hingga 36, level 3 gred 41 hingga 44, level 2 gred 48 hingga 52 dan level 1 gred 54 hingga Jusa C.  Sebagai contohnya, bagi menghasilkan satu kanvas kepimpinan level 4kita memanggil 6 orang pegawai-pegawai di gred 19 dan 2 orang di gred 41 untuk menilai tahap kepimpinan gred 22-36 (Ketua Pembantu Tadbir / Penolong Pegawai Tadbir).  
Kita sangat berbangga kerana pegawai-pegawai yang dipanggil ke sesi temubual  telah memberikan komitmen yang sangat baik dan jujur dalam menyatakan pandangan mereka terhadap tahap kepimpinan sedia ada dan menyarankan kepimpinan yang dihasratkan. 
Ingin saya berkongsi beberapa pandangan dan harapanresponden:
Gred  22-36
- Perlu memupuk kesedaran sebagai pemimpin
- Jadilah pendengar yang baik
Gred 41-44
- ‘be around” bergaullah dengan pegawai bawahan
- Amalkan keterbukaan
Gred 48-52
- Titik beratkan akauntabiliti
- Beri merit kepada pencetus inovasi
Gred 54 – JUSA
- Utamakan hala tuju kementerian
- Laksana aktiviti berimpak tinggi
Hasil daripada temu bual ini Profiling Expert telah berjaya menyediakan kanvas kepimpinan yang mempamerkan aktiviti-aktiviti kepimpinan sedia ada (As Is)dan yang dihasratkan (To Be) di mana setiap aktiviti tersebut dikategorikan  kepada  4 iaitu  ERRC  : Eliminate (dihentikan) / Reduce (dikurangkan)/ Raise (ditingkatkan) dan  Create (diamalkan).
 
PERANAN “BOL DECIDERS”
Para hadirin,
Sampailah kita kepada tujuan utama kita bersama pada hari ini., YBhg. Dato’ Sri, Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan puan –puan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Anda semua adalah “BOL Deciders”! Anda semua bertanggungjawab untuk memilih kanvas kepimpinan berdasarkan level masing-masing.  Kanvas kepimpinan yang mendapat undian tertinggi akan dilaksanakan oleh KDN dalam fasa terakhir BOL iaitu menginstitusikan kepimpinan yang dihasratkan oleh warga KDN.  
Saya pasti, Kanvas-kanvas yang terhasil ini kepimpinan ini pastinya  akan membuka mata dan hati kita terhadap persepsi dan ekpektasi pelanggan-pelanggan kita.  Terimalah dengan hati yang terbuka terhadap kritikan yang diberikan dan bersama-samalah kita memperbaiki kekurangan demi KDN khususnya dan negara amnya.
Besarlah harapan saya, agar usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam BOL ini akan dapat merubah KDN menjadi sebuah kementerian dan organisasi yang cemerlang lagi terbilang.
 
Ucapan terima kasih saya teristimewa kepada semua Profiling Expert  atas kewibawaan mereka menyelesaikan urusan temu bual dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada semua responden yang ditemu bual yang juga berada di sini kerana input yang diberikan telah berjaya menghasilkan sesuatu yang bermakna.  Tidak lupa juga kepada barisan Sekretariat BOL@ KDN atas kesungguhan dan komitmen tinggi mereka dalam memastikan yang terbaik bagi BOL@KDN.  
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada YBhg. Dato’ Sri Alwi bin Hj. Ibrahim,Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, pengurusan tertinggi KDN,  tuan-tuan, puan-puan pemimpin KDN keranabersama-sama menjayakan BOL@KDN ini.  Semoga usaha-usaha kita ini mendapat berkat dan pahala yang berpanjangan.
 
Sekian, saya sudahi dengan
WABILLAHITAUFIKWALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH