header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA PUAN SURAYATI BINTI IBRAHIM KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MENGENAI ADUAN AHLI MENGENAI “ARMADA” PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PUAN SURAYATI BINTI IBRAHIM KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MENGENAI ADUAN AHLI MENGENAI “ARMADA” PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

1.        Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ingin memaklumkan bahawa beberapa aduan telah diterima daripada sebilangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).  Menurut aduan tersebut, beberapa ahli “ARMADA” atau di dalam parti politik kebiasaannya disebut PEMUDA, telah dipecat.  Terdapat juga aduan lain daripada Ahli yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung sehingga kini belum dilaksanakan.

 

2.       Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telahpun memulakan siasatan sebaik sahaja aduan tersebut diterima.  Aduan yang diterima adalah mengenai isu urus tadbir Parti yang tidak berlandaskan Perlembagaan Parti dan Akta Pertubuhan 1966.

 

3.      Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mendapati daripada siasatan awal bahawa “ARMADA” tidak terkandung di dalam Perlembagaan PPBM.  Sehingga kini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah “ARMADA” untuk jawatankuasa PEMUDA PPBM.  Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam Perlembagaan adalah melanggar Perlembagaan Parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.  Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan.  Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini.

 

Putrajaya