header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA MENGENAI SURAT SOKONGAN PALSU MENGGUNAKAN KEPALA SURAT KEMENTERIAN BAGI MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN PUSAT HIBURAN KELUARGA DI NEGERI MELAKA DAN SARAWAK

KENYATAAN MEDIA MENGENAI SURAT SOKONGAN PALSU MENGGUNAKAN KEPALA SURAT KEMENTERIAN BAGI MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN PUSAT HIBURAN KELUARGA DI NEGERI MELAKA DAN SARAWAK

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

 

SURAT SOKONGAN PALSU MENGGUNAKAN KEPALA SURAT KEMENTERIAN

BAGI MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN

PUSAT HIBURAN KELUARGA DI NEGERI MELAKA DAN SARAWAK

 

Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa telah mengesan kegiatan pengeluaran surat sokongan palsu menggunakan kepala surat Kementerian Dalam Negeri dengan tandatangan palsu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Surat sokongan palsu tersebut adalah bertujuan mendapatkan sokongan untuk menjalankan Pusat Hiburan Keluarga di Negeri Melaka dan Sarawak.

 

Ingin ditegaskan bahawa Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan kepada individu-individu atau syarikat-syarikat.

 

Sehubungan itu, individu-individu atau syarikat-syarikat yang pernah menerima atau didatangi sesiapa yang memohon sokongan dengan membawa surat sokongan palsu tersebut adalah diminta untuk tampil memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak Kementerian dan membuat laporan Polis.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya