header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL-QURAN MENGENAI PENGESAHAN STATUS NAMA YA HAYYUN YA QAYYUM PADA SELIPAR

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL-QURAN MENGENAI PENGESAHAN STATUS NAMA YA HAYYUN YA QAYYUM PADA SELIPAR

KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN

PENCETAKAN TEKS AL-QURAN

SAHIBUS SAMAHAH

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA

 

MENGENAI 

 

PENGESAHAN STATUS NAMA YA HAYYUN YA QAYYUM PADA SELIPAR

 

Berikutan aduan orang ramai terhadap penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu YA HAYYUN YA QAYYUM. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran telah meneliti selipar berkenaan dan di dapati bahawa pada selipar berkenaan adalah benar tertulis kalimah YA HAYYUN YA QAYYUM yang mempunyai kalimah suci daripada Asma’ al-Husna. Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986. Justeru, Lembaga menasihati orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan.

 

Terima Kasih,

 

(TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA)

Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

Pengerusi Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran

29 MAC 2017