header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL-QURAN MENGENAI PENGESAHAN STATUS KALIMAH ALLAH PADA TAPAK KASUT JENAMA BATA

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL-QURAN MENGENAI PENGESAHAN STATUS KALIMAH ALLAH PADA TAPAK KASUT JENAMA BATA

KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN

PENCETAKAN TEKS AL-QURAN

SAHIBUS SAMAHAH

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA

 

MENGENAI 

 

PENGESAHAN STATUS KALIMAH ALLAH PADA TAPAK KASUT JENAMA BATA

 

Berikutan penularan berkaitan dakwaan tulisan kalimah Allah pada tapak kasut jenama BATA kebelakangan ini di laman media sosial, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran dengan ini memaklumkan bahawa hasil semakan dan penelitian yang dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran mendapati bahawa tulisan pada tapak kasut tersebut jelas TIDAK menyerupai kalimah Allah. Justeru itu, Lembaga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami.

Terima Kasih,

 

(TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA)

Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

Pengerusi Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran

29 MAC 2017