header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KDN MENGENAI DAKWAAN PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA 700,000 WARGA ASING DI NEGERI JOHOR

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KDN MENGENAI DAKWAAN PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA 700,000 WARGA ASING DI NEGERI JOHOR

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

DAKWAAN PEMBERIAN KAD PENGENALAN

KEPADA 700,000 WARGA ASING DI NEGERI JOHOR

Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin merujuk kepada dakwaan berkaitan pemberian kad pengenalan kepada 700,000 warga asing di Johor.

Adalah ditegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia.

Ia merupakan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya.

Adalah tidak benar ke atas dakwaan bahawa Kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing untuk menjadi pengundi di Malaysia.

Setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian yang terperinci seperti mana yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan menyebabkan individu yang berkenaan menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini dinikmati oleh seseorang yang berstatus warganegara sahaja.

Kementerian sentiasa komited dalam memastikan semua penganugerahan kewarganegaraan adalah teratur dan mematuhi perundangan yang berkuatkuasa agar keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam terpelihara.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

9 DISEMBER 2016