Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang Ke Kementerian Dalam Negeri

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

header plain mobile2

Hal Ehwal Pendaftaran Negara

  • malaysiabaru
  • Ramadhan-KDN
  • rci
  • PortalMyGovernment
  • FollowLikePortalMyGov
  • nacp
  • terajuutamakdn
  • GeranKomuniti
  • MYRELAMOBILE
  • yang-dipertuan-agung
  • TIPB
  • TabungAmanah
  • MAPO
  • VSP
  • SmartQuran
  • garispanduanhadith
  • esims
  • bless
  • upq
  • Integriti
  • eaic

Penjualan Dan Pengedaran Mashaf Al Quran Yang Tidak Mendapat Perakuan LPPPQ

KENYATAAN MEDIA

YBHG TAN SRI DATO’ SERI (DR) HJ. HARUSSANI BIN HJ. ZAKARIA
PENGERUSI LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN TEKS AL QURAN (LPPPQ) KDN

MENGENAI

PENJUALAN DAN PENGEDARAN MASHAF AL QURAN YANG TIDAK MENDAPAT PERAKUAN LPPPQ

18 FEBRUARI 2016


1. Pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran teks Al-Quran dan bahan Al-Qur’an di Malaysia di kawal melalui Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 [Akta 326] (APTQ 1986).

2. Bagi melaksanakan fungsi di bawah Akta ini, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Qur’an (LPPPQ) telah ditubuhkan sebagai pihak berkuasa, berdasarkan peruntukan Seksyen 3, APTQ 1986. LPPPQ berperanan :

a)meluluskan, tidak meluluskan, membatalkan lesen atau menetapkan peraturan dan syarat percetakan Al-Qur’an.

b)memperakui atau tidak memperakui atau membuat pembetulan terhadap pruf akhir teks Al-Qur’an yang dikemukakan untuk cetakan.

c)meluluskan atau tidak meluluskan pengimportan teks  Al-Qur’an.

d)menetapkan tatacara bagi pelupusan Al-Qur’an.

3. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah APTQ 1986, sebelum sesuatu naskhah Al Quran diterbitkan penerbit hendaklah terlebih dahulu mengemukakan pruf akhir atau salinan asal kepada Lembaga untuk kelulusan. Pencetakan atau pengimportan hanya boleh dilakukan setelah mendapat perakuan bertulis daripada Lembaga. Seseorang yang melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 (3) APTQ 1986 dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4. Begitu juga bagi Al Quran yang dicetak di luar Malaysia, ianya tidak dibenarkan untuk diimport masuk ke Malaysia melainkan pengimport terlebih dahulu mengemukakan salinan teks Al Quran kepada Lembaga untuk semakan dan perakuan bersama dengan akuan berkanun yang menyatakan bahawa dia berhasrat untuk mengimport teks Al Quran yang sama dari setiap segi dengan salinan yang telah dikemukakan kepada Lembaga. Pengimportan hanya boleh dibuat setelah mendapat perakuan bertulis daripada Lembaga.

5. Sejak akhir-akhir ini Lembaga telah mengesan terdapat penjualan naskhah Al Quran yang diimport tanpa kelulusan Lembaga. Al Quran tersebut di dapati dijual secara meluas termasuk secara atas talian (on line). Mashaf Al Quran yang di namakan dengan mashaf “Al Quran Al-Wasim” dan mashaf “Al Quran Al Mumayyaz” di dapati mengandungi dua kesalahan iaitu :

a)menggunakan Rasm Imla’i; dan

b)menggunakan tulisan rumi dalam penulisan ayat Al Quran.    

6. Lembaga telah menetapkan dasar bahawa, penggunan rasm Imla’i adalah tidak dibenarkan, hanya Rasm Uthmani sahaja dibenarkan penggunaannya dalam penulisan Al Quran di Malaysia, manakala penggunaan tulisan rumi dalam penulisan ayat Al Quran adalah juga tidak dibenarkan selaras dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam kali ke 24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 telah memutuskan bahawa “Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada Al Quran dengan tulisan yang bukan huruf arab atau bukan sistem tulisan Al Quran”.

7. Bagi memastikan Teks Al Quran yang dibaca adalah tepat dan tidak mengandungi kesalahan, masyarakat awam adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dalam membeli atau mendapatkan naskhah Al Quran dengan memastikan naskhah berkenaan telah diperakui oleh Lembaga.

 

                                               TAMAT

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom