1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

i. PRODUK

  • Kursus Peralihan dan Pengkhususan

Bahagian Hal Ehwal Bekas Pesara Polis dan Penjara, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab melaksanakan kursus kepada bakal pesara Polis dan Penjara dalam tempoh 2 tahun sebelum mereka bersara. Kursus-kursus yang dijalankan adalah :-

  • Kursus Peralihan

Kursus ini diberi kepada bakal pesara untuk memberi pendedahan mental kepada bekas pesara kearah pembentukan sikap positif dalam menghadapi cabaran alam persaraan.

Kursus diberikan kepada Pegawai Kanan Polis dan Anggota Pangkat Rendah

Kursus ini dikendalikan oleh Juru Perunding yang dilantik oleh Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri.

  •  Kursus Pengkhususan

Kursus kemahiran ini diberikan kepada bakal pesara dengan tujuan
untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang pengkhususan yang telah dikenalpasti untuk diceburi selepas bersara.

Kursus Kursus ini dikendalikan oleh Agensi Kerajaan dan Jabatan Pertanian yang dilantik. Antara kursus-kursus kemahiran yang diberi adalah seperti;-

  1. Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar
  2. Interaksi Bersama Tokoh Usahawan

Kursus Peralihan dan Pengkhususan ini terbuka kepada bakal-bakal pesara Polis dan Penjara.
 

ii. TABUNG AMANAH WARISAN POLIS (TAWP)


Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai   dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Seperti yang diketahui, terdapat 5 jenis bantuan di bawah TAWP iaitu :

TAWP 1 – Khairat kematian
TAWP 2 – Bantuan Pergerakan
TAWP 3 – Bantuan Perubatan / Anggota Palsu
TAWP 4 – Bantuan Pendidikan
TAWP 5 – Bantuan Bencana Alam

TAWP 1 – Khairat kematian

  • Bekas Polis                                                         -          RM 1,000.00
  • Isteri/suami bekas polis                                        -           RM 500.00
  • Anak bawah tanggungan (hingga ijazah pertama)    -           RM 250.00

Syarat Khas ;

  • Sijil kematian bekas polis/balu/duda/anak bawah tanggungan yang disahkan.
  • Kad pengenalan waris yang memohon yang disahkan.
  • Rekod perkhidmatan atau kad pesara yang disahkan.
  • Sijil nikah atau sijil kelahiran anak disahkan oleh penghulu/ketua kampung.
  • Jika balu atau duda bekas polis meninggal dunia, anak atau waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 500.00 sahaja.
  • Jika anak dalam tanggungan (sehingga ijazah pertama) meninggal dunia, bapa/ibu/waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 250.00 sahaja. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh enam bulan (6) selepas tarikh kematian

TAWP 2 – Bantuan pergerakan (sekali sahaja)

  • Kerusi roda                                 - RM 620.00
  • Tongkat kaki 1                            - RM 30.00
  • Tongkat kaki 3                            - RM 54.00
  • Tongkat bahu                             - RM 58.00
  • Walking frame                            - RM 130.00

Syarat Khas ;

  • 1 salinan surat Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
  • 1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
  • Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik
  • Salinan resit/invois peralatan yang ditempah
  • Bantuan TAWP 2 layak diberi kepada :- 
  1. Isteri/suami bekas polis
  2. Balu/duda bekas polis
  3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis
  4. Tidak berupaya membiayai perbelanjaan & tidak mendapat bantuan lain
  5. Pemberian bantuan hanya 1 kali sahaja bagi setiap peralatan

TAWP 3 – Bantuan perubatan & anggota palsu

  • Perubatan           -           RM 300.00
  • Lain-lain seperti tangan palsu, kaki palsu dan lain-lain alat palsu tidak melebihi RM 5,000.00

Syarat Khas ;

  • 1 salinan Laporan Pegawai Perubatan Kerajaan
  • 1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
  • Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik
  • Bantuan TAWP 3 layak diberi kepada :-
  1. Isteri/suami bekas polis
  2. Balu/duda bekas polis
  3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis

TAWP 4 – Bantuan pendidikan (sekali sahaja)

  • Peringkat rendah                      -           RM 150.00
  • Peringkat menengah                 -           RM 300.00
  • Peringkat tinggi                        -           RM 500.00

Syarat Khas ;

  • Diberi kepada anak-anak bekas polis yang masih dalam peringkat persekolahan dan pengajian tinggi.
  • 1 orang anak hanya layak untuk mendapat bantuan TAWP 4 satu kali sahaja mengikut persekolahan dan pengajian tinggi
  • Permohonan dibuat dalam tahun kemasukan bagi semua kategori bantuan
  • Mengemukakan permohonan seperti berikut :-
  • 1 salinan surat pengesahan daripada:-      

               -Peringkat rendah                      -           Pengesahan guru besar
               -Peringkat menengah                 -           Pengesahan pengetua
               -Peringkat tinggi                        -           Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT

  • 1 salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
  • Mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan yang disahkan

TAWP 5 – Bantuan bencana alam (sekali sahaja)

Had maksima RM 5,000.00

Syarat Khas ;

  1. 1 salinan Laporan Polis dan Laporan Pegawai Kebajikan Daerah
  2. 1 salinan laporan polis serta laporan pegawai kebajikan
  3. Gambar kerosakan harta benda / kediaman
  4. Permohonan dalam tahun bencana berlaku
  5. Bantuan TAWP 5 jugak layak diberi kepada :-  
  • Isteri/suami bekas polis
  • Balu/duda bekas polis
  • Kerosakan yang diberi bantuan :-                                                                                                     
    • Rumah
    • Tanaman
    • Ternakan 

Syarat-Syarat Umum

  • Pesara yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis sepertimana yang terdapat didalam Suratcara Amanah TAWP.
  • Kelayakan pemohon ialah bekas polis termasuk SC/balu atau duda bekas polis/anak dalam tanggungan bekas polis.
  • Permohonan hendaklah menyertakan 1 salinan kad pengenalan atau kad pesara polis
  • Balu/duda yang memohon bantuan TAWP 2-TAWP 5 hendaklah menyertakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah atau sijil kelahiran anak dan salinan rekod perkhidmatan bekas polis, bagi anak dalam tanggungan hendaklah menyertakan salinan sijil kelahiran.

CARA MEMOHON:

  • Semua maklumat bantuan TAWP hendaklah diisi dengan lengkap mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sebarang kegagalan dalam mengemukakan permohonan dengan lengkap akan menyebabkan permohonan akan ditolak.
  • Permohonan daripada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) hendaklah dikemukakan melalui Ketua Cawangan PBPM atau Pengerusi PBPM Negeri masing-masing yang akan memanjangkan permohonan tersebut ke Kementerian.
  • Permohonan daripada bukan ahli PBPM hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Daerah/ Ketua Polis Balai untuk pengesahan sebelum dikemukakan ke Kementerian.
  • Borang permohonan boleh didapati daripada Laman Web Kementerian Dalam Negeri iaitu www.moha.gov.my. Selain daripada itu, borang permohonan juga boleh diperolehi daripada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah.
  • Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Aras 7, Blok D1, Kompleks D, 62546 Putrajaya (u.p: Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Bekas Polis)
     

iii. TABUNG AMANAH PERWIRA DAN PERTAHANAN NEGARA (TAPPN)

Memproses permohonan di bawah Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) dari pegawai / anggota Polis, RELA serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tercedera atau terkorban semasa bertugas bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Permohonan adalah bagi tujuan-tujuan seperti berikut:-

(i)  Meninggal  Dunia


(ii)  Cedera Parah

(yang mengakibatkan kehilangan pandangan kedua-dua belah mata menyebabkan kesukaran untuk mencari mata pencarian, kudung kedua-dua belah kaki dan/atau lumpuh dari paras pinggang ke bawah)

(iii)   Cedera Parah

(yang mengakibatkan kecacatan kekal dan terpaksa diberhentikan daripada perkhidmatan)

(iv)   Cedera Parah Kekal

(tetapi masih boleh berkhidmat)

(v)    Cedera Parah

(vi)   Cedera Ringan

(vii)  Alat Otopedik

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

17815440

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia