Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

Fungsi Pusat di IPSOM

PUSAT KOLABORASI STRATEGIK, PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

1. Kolaborasi Strategik

  1. Menyelaras pelaksanaan perancangan kolaborasi strategik di antara KDN dan agensi di bawahnya melalui:

  •  Merancang inisiatif kolaborasi strategik bersesuaian dengan fungsi dan peranan KDN.
  •  Memantau pelaksanaan inisiatif kolaborasi strategik di KDN dan agensi di bawahnya;
  •  Mengurus setia program dan aktiviti berkaitan kolaborasi strategik;
  •  Menguruskan perkongsian maklumat berkaitan kolaborasi strategik KDN; dan
  •  Menyediakan bahan-bahan penerbitan mengenai status pelaksanaan dan laporan perkembangan kolaborasi strategik KDN.

  2. Meningkatkan pemahaman konsep dan pelaksanaan kolaborasi strategik;

  3. Membudayakan pemikiran kolaborasi strategik dalam pemikiran strategik keselamatan;

  4. Merancang dan menguruskan keperluan untuk kajian inovasi kolaborasi strategik KDN melalui Mesyuarat, Bengkel dan Seminar;

  5. Melaksanakan kajian impak pelaksanaan kolaborasi strategikdi KDN dan agensi di bawahnya;

  6. Mengurus setia mesyuarat bagi kajian program dan aktiviti berkaitan kolaborasi strategik; dan

  7. Menyedia dan menyelaras laporan kajian dan penilaian dalam bentuk penulisan ilmiah

2. Penyelidikan dan Penerbitan

  1. Merancang program dan aktiviti penyelidikan berasaskan kepada bidang keselamatan dan ketenteraman awam;

  2. Mengatur kerjasama dengan agensi dalam KDN dan agensi luar bagi membincangkan pelaksanaan penyelidikan;

  3. Mengatur kerjasama dengan universiti awam dan swasta dalam melaksanakan penyelidikan strategik;

  4. Mengadakan kolaborasi strategik dalam penyelidikan bersama tenaga pakar dalam pelbagai organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan data berkaitan keselamatan sebagai input penyelidikan;

  5. Melaksanakan penyelidikan saintifik dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam bagi memperkukuhkan dasar dan polisi kementerian dan agensi di bawah KDN;

  6. Menyediakan laporan hasil penyelidikan yang dilaksanakan untuk penambahbaikan dasar yang sedia ada;

  7. Membentangkan hasil penyelidikan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri, Kementerian berkaitan dan seminar atau persidangan;

  8. Merancang, melaksanakan dan membuat analisis kajian secara analitikal serta mengenalpasti langkah-langkah tindak balas (counter measures) yang berkesan untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan kesejahteraan awam;

  9. Memastikan pengurusan dan penerbitan jurnal keselamatan dan ketenteraman awam serta lain-lain terbitan sebagai agenda utama IPSOM;

  10. Mengurus dan menerbitkan semua keperluan bagi penerbitan jurnal keselamatan, majalah, buletin dan monograf serta lain-lain terbitan; dan

  11. Mengedarkan penerbitan kepada agensi di bawah KDN dan agensi lain serta pihak NGO’s

 

PUSAT AKREDITASI KEPAKARAN DAN PENTADBIRAN

1. Akreditasi dan Kepakaran

  • Menjadikan IPSOM sebagai pusat akreditasi dalam Subject Matter Expert (SME) dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam;
  • Mewujudkan modul penilaian kepakaran yang relevan dengan situasi semasa;
  • Memastikan program akreditasi kepakaran dan pakar dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam terus mampan;
  • Mengadakan program kepakaran dan kumpulan pegawai berkepakaran bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam;Mengenalpasti, mengumpul dan menyimpan data-data dan rekod pegawai pakar;
  • Menganjurkan persidangan, seminar, talk bagi meningkatkan akreditasi pegawai dan kakitangan KDN;
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi penilaian – kepakaran (MQA dan lain-lain); dan
  • Memantau pelaksanaan Dasar Keselamatan Dalam Negeri

2. Pentadbiran

  1. Melaksanakan semua urusan sumber manusia mengikut peraturan dan prosedur semasa bagi pegawai dan kakitangan IPSOM

  • Menguruskan dokumen dan keperluan serta kebajikan pegawai.
  • Menguruskan rekod cuti.
  • Menguruskan disiplin dan kehadiran bertugas.
  • Menguruskan hal ehwal prestasi, pemantapan kompetensi dan pembangunan organisasi


  2. Melaksanakan semua urusan kewangan, pengurusan aset, perolehan dan pembangunan mengikut peraturan dan prosedur semasa mengikut kelulusan peruntukan IPSOM

  • Menyediakan anggaran belanjawan.
  • Mengurus perbelanjaan dan merekodkan pembayaran serta hasil berdasarkan peruntukan.
  • Menguruskan rekod kemasukan hasil dan perbelanjaan (Akaun Amanah).
  • Menguruskan perolehan aset / kelengkapan / peralatan pejabat dan mengemas kini inventori dan harta modal.
  • Menjalankan program audit kewangan dan aset dalaman.


  3. Menguruskan semua keperluan dan hal-ehwal pentadbiran am / perkhidmatan dan penyelenggaraan bangunan.

  • Menguruskan semua keperluan logistik, aset dan pentadbiran am di IPSOM.
  • Menyelaras dan melaksanakan aktiviti / program persekitaran berkualiti termasuk aspek kebersihan dan keindahan pejabat.
  • Menguruskan dan mengawal selia pengurusan rekod-rekod sistem fail yang teratur dan mengikut standard kualiti.
  • Menguruskan penyelenggaraan peralatan dan bangunan

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom