header plain mobile2

Pengenalan


Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK) adalah merupakan salah satu bahagian daripada 25 bahagian utama di dalam Kementerian Dalam Negeri.

Secara umumnya fungsi Bahagian KK adalah untuk memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang berkait keselamatan dalam negeri.

Bahagian KK pada asasnya merangkumi tiga (3) aspek penting iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Elemen pertama dan kedua iaitu pencegahan dan penguatkuasaan direalisasikan melalui pelaksanaan Undang-Undang Pencegahan sedia ada yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini iaitu:

  1. Akta Pencegahan Jenayah 1959;
  2. Akta Pencegahan Keganasan 2015;
  3. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

Elemen ketiga iaitu Pemulihan direalisasi melalui program pemulihan yang telah dirangka terhadap tahanan-tahanan yang telah dikenakan perintah tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA).

Visi

Menjamin Keselamatan Dalam Negeri Terpelihara

Misi

Mentadbir Urus Dasar Keselamatan Dalam Negeri Bagi Memastikan Kedaulatan, Keutuhan, Keamanan Dan Kepentingan Negara Serta Rakyat Terjamin Dari Ancaman Keselamatan Dalam Negeri.

Objektif

  1. Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara
  2. Membanteras segala bentuk ancaman berunsur sabversif, ekstremis,
    spionaj,sabotaj, kekerasan dan keganasan.
  3. Memastikan keselamatan dan keharmonian rakyat Malaysia terjamin