Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

Biodata Ringkas Ahli RCI

Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2019 telah perkenan dengan pelantikan Ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur Wang Kelian. Pelantikan Ahli Suruhanjaya dibuat adalah berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran seperti berikut:


i. YABhg. Tun Arifin bin Zakaria : Bekas Ketua Hakim Negara

a. Dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya mengambilkira kepakaran, pengalaman dalam bidang perundangan dan kehakiman serta kredibiliti beliau yang pernah meyandang jawatan Ketua Hakim Negara.

ii. YBhg. Tan Sri Norian Mai : Bekas Ketua Polis Negara

a. Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya mengambilkira kepakaran dan pengalaman dalam menguatkuasakan perundangan negara.

iii. YBhg. Dato' Noorbahri bin Baharuddin : Bekas Ketua Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara

a. Dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang berkepakaran dalam bidang perundangan terutama aspek pendakwaan dan perjalanan kes.

iv. YBhg. Dato' Junaidah Abdul Rahman : Bekas Ketua Penyelidik, Jabatan Peguam Negara

a. Dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang berkepakaran dalam bidang perundangan terutama aspek pendakwaan dan perjalanan kes.

v. YBhg. Tan Sri Razali bin Ismail : Pengerusi SUHAKAM

a. Dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang berkepakaran dalam bidang sosial dan hak asasi manusia.

vi. YBhg. Datuk Nazirah Binti Hussin : Bekas Duta Malaysia ke Thailand

a. Dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang berkepakaran dalam diplomatik dan hubungan antarabangsa.

vii. YBrs. Dr. Tan Seng Giaw : Bekas Timbalan Pengerusi PAC

a. Dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya yang berkepakaran dalam bidang sosial dan hak asasi manusia.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom