Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Malaysia tidak beri kewarganegaraan dengan mudah - KDN

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah, termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

Jelasnya, kewarganegaraan individu ditentukan oleh status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.

"Ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf anak-anak tanpa kad pengenalan atau individu yang belum ditentukan kewarganegaraan dan ditaraf, perlu mengemukakan dokumen sah kepada kerajaan sebelum meluluskan permohonan kewarganegaraan memandangkan terdapat kes penipuan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk memudah proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan bagi menangani isu itu secara cepat dan holistik.

Hamzah berkata kementerian telah menambah baik Prosedur Pengendalian Standard (SOP) Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dengan tempoh pemprosesan lebih singkat bagi permohonan lengkap yang diterima mulai tahun 2020.

Beliau berkata penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan pada pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai penyelesaian bagi isu anak-anak tanpa kad pengenalan atau stateless children, Hamzah berkata:

"Yang penting kepada kita, tengok kalau kita tak boleh beri kerakyatan kita pastikan sekurang-kurangnya mereka ada identiti untuk hidup di negara kita. Pada saya, mereka adalah citizen of the world, sama ada mereka di Sabah atau di mana pun.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-tidak-beri-kewarganegaraan-dengan-mudah-kdn-251121

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom