header plain mobile2

MDN Lawat Kompleks ICQ BSI Johor.

 

JOHOR BAHRU: YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri petang tadi mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor.

 

Setibanya di Kompleks ICQ BSI, beliau diberikan taklimat oleh Pengarah Imigresen Johor. Beliau kemudiannya dibawa melihat sendiri pengoperasian kaunter-kaunter laluan keluar masuk disana.

 

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ini turut disertai oleh YBhg Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN dan YBhg. Dato' Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia.