header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • Pangkalan Semenanjung Udara PDRM pusat banteras jenayah rentasi sempadan - TPM

Pangkalan Semenanjung Udara PDRM pusat banteras jenayah rentasi sempadan - TPM

PETALING JAYA, 19 Mac (Bernama) -- Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Subang, dekat sini, akan dijadikan sebagai pusat pembanteras aktiviti jenayah di sempadan negara yang lebih efektif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata kewujudan pangkalan tersebut penting dalam mendepani penjenayah yang semakin canggih dengan aset masing-masing termasuk teknologi terkini yang boleh digunakan bagi mengganggu-gugat ketenteraman dan keamanan negara.


"Jika kita tidak berada di hadapan (penjenayah), pasti indeks jenayah akan naik. Kerana itu unit udara penting dan sebahagian daripada kepolisan moden."


"Ini (pangkalan) juga elemen penting selain latihan, aset sedia seperti dron dan kamera litar tertutup. Harus diingat, pembolosan turut berlaku di kawasan pantai maritim negara yang harus diselaraskan dengan tindakan dan komitmen PDRM," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ketika berucap merasmikan pangkalan tersebut hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.


-- BERNAMA

http://bernama.com/bm/news.php?id=1445876