header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai RELA Siri 2/2017

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai RELA Siri 2/2017

Sungai Udang, 18 Nov : YBhg . Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim KSU KDN pagi tadi telah menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai RELA Siri 2/2017 di Padang Kawad Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) Sg.Udang, Melaka.

Seramai 60 pegawai yang terdiri daripada 49 pegawai lelaki dan 11 orang pegawai wanita telah berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama dua bulan bermula 18 September 2017 yang lalu.

Kursus ini mendedahkan peserta dengan pengetahuan asas dalam keselamatan dan pertahanan selain bertujuan membina kekuatan fizikal, kesihatan dan mental peserta.

YBhg . Dato’ Sri KSU KDN dalam ucapan perasmian penutupnya telah mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan mengingatkan semua agar sentiasa bersemangat kental dan berintegriti tinggi. Beliau juga mahu semua pegawai agar sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi dalam pelaksanaan tugas

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg Dato’ Wan Ali Besar, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN, YBrs. Tuan Zulkifli Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), YBrs Puan Rafidah Datu Derin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, pegawai-pegawai kanan KDN dan pegawai-pegawai kanan RELA.