header plain mobile2

TPM lawat kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh

16 Oktober 2017, COX'S BAZAR (Bangladesh): Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Isnin untuk program lawatan ke kem pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tiba di Lapangan Terbang Cox's Bazar pada pukul 9.10 pagi waktu tempatan (11.10 pagi waktu Malaysia).

Beliau dijadual melawat Kem Kutupalong, kira-kira 35 km dari sini diikuti lawatan ke tapak projek Mycorps, satu projek sukarelawan melibatkan belia Malaysia.

Lawatan di sini itu bagi menilai situasi pelarian etnik Rohingya dari wilayah Rakhine, Myanmar di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Ia sekali gus mencerminkan kebimbangan dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya secara amnya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting