header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan Peringkat Negeri Kedah

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan Peringkat Negeri Kedah

Alor Setar, 1 Jun 2017 – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sempena Bulan Ramadhan meneruskan jelajah iftar ke negeri Kedah hari ini. Kedah merupakan destinasi keempat selepas Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor.

 

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib di Masjid Rafeah, Jalan Masjid, Taman Uda Off Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah. YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan sumbangan kepada 26 orang anak-anak yatim dan 74 orang lain-lain asnaf. Rombongan YAB Timbalan Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, KM 10, Jalan Kuala Kedah, Kuala Kedah, Kedah untuk solat Isyak, solat terawih dan moreh bersama jemaah.

 

Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah dihadiri kira-kira 1,200 tetamu yang terdiri daripada pegawai, kakitangan, keluarga serta sahabat Jabatan dan Agensi di bawah KDN termasuk orang awam.Terdahulu YAB Timbalan Perdana Menteri telah melakukan Lawatan Kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS)Bukit Kayu Hitam.

 

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Sri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Dato’ Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Negeri Kedah, YDH Dato’ Asri bin Yusoff, Ketua Pengarah Imigresen, YBhg Dato’ Sri Mustafar bin Haji Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN, pegawai kanan KDN dan anggota serta keluarga.