header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • YAB TPM merasmikan Program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.

YAB TPM merasmikan Program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR: YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri hari ini telah merasmikan Program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.

 

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmiannya berkata, semangat sebagai rakyat Malaysia perlu dipupuk dengan sendirinya dalam sanubari. Menurut beliau lagi sebagai rakyat Malaysia, kita berkongsi rasa suka dan kesedihan atas apa saja peristiwa yang berlaku di negara kita. Kita harus ketepikan perbezaan dan harus bersatu dalam kesedihan atau bila menghadapi permasalahan dari luar.

 

Turut hadir dalam program ini adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

 

Kementerian Dalam Negeri juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam program satu hari ini dengan mengadakan pameran dan menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian.