header plain mobile2

Lawatan Kerja KSU Ke IPD Kota Belud, Sabah

10 Feb 2017, Kota Belud, Sabah:

 

Dato' Sri Alwi Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, Sabah untuk meninjau kerja-kerja pembangunan yang sedang dilaksanakan.

 

Beliau telah diberikan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya mengenai status pelaksanaan projek yang bermula pada Oktober 2016 dan berjaya disiapkan pada Disember 2016 oleh Pasukan Projek Sabah (PPS).

 

Lawatan tapak dan sesi penerangan turut diadakan bagi melihat sendiri secara dekat kerja-kerja pembaikan struktur Kompleks Perumahan IPD Kota Belud yang melibatkan Kuarters Bunga Raya dan Kuarters Semarak yang diharapkan mampu memberikan keselesaan kepada pegawai dan anggota keluarga IPD Kota Belud.

 

Turut hadir adalah Ketua Balai Polis Daerah Kota Belud Supritendan Mohd Zaidi Abdullah dan pegawai-pegawai kanan KDN.