Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

Pengenalan

Pengenalan:

Bahagian Parlimen dan Kabinet bertanggungjawab menyelaras dan merancang perkara-perkara berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Parlimen bagi KDN, Pengurusan Hal Ehwal Jemaah Menteri dan Mesyuarat-Mesyuarat Utama.

Maklumat Perkhidmatan:

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit utama:

1. Unit Parlimen
2. Unit Jemaah Menteri
3. Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas

(a) Unit Parlimen

  1. Merancang sesi penyediaan jawapan-jawapan pertanyaan Parlimen.
  2. Menyedia arkib pertanyaan dan jawapan-jawapan yang lepas.
  3. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada sistem dalam memuat naik soalan.
  4. Menganalisis isu-isu semasa yang dibangkitkan dalam setiap sesi Parlimen dalam usaha menyediakan Indeks Soalan Parlimen KDN.
  5. Menyedia Pelan Strategik dalam usaha menyediakan jawapan kepada pertanyaan Parlimen.
  6. Menganalisis isu-isu bagi setiap Persidangan Parlimen dan mencadangkan soalan yang wajar dijawab oleh YB Menteri Dalam Negeri/YB Timbalan Menteri Dalam Negeri.
  7. Merancang dan mengatur pasukan yang menyediakan jawapan untuk membantu YB Menteri Dalam Negeri/YB Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum Sesi Penggulungan.
  8. Merancang dan mengurus sesi taklimat YB Menteri Dalam Negeri/YB Timbalan Menteri Dalam Negeri dengan Ahli-ahli Parlimen mengenai sesuatu isu berbangkit.
  9. Merancang dan mengatur giliran pegawai bertugas di Parlimen.
  10. Menyediakan laporan harian persidangan Parlimen.


(b) Unit Jemaah Menteri

  1. Mengurus penyediaan maklum balas untuk Mesyuarat Jemaah Menteri.
  2. Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar ke atas sesuatu isu.
  3. Menyelaras penyediaan Nota Jemaah Menteri bagi KDN untuk makluman Mesyuarat Jemaah Menteri.
  4. Merancang dan mengurus Mesyuarat Pasca Kabinet KDN.
  5. Bertanggungjawab ke atas penggunaan sistem Mesyuarat Jemaah Menteri.
  6. Merancang dan menyedia ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dari Kementerian lain.
  7. Memantau pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Pasca Kabinet yang memerlukan tindakan susulan.

(c) Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas

  1. Merancang dan menyedia maklum balas kepada keputusan Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
  2. Merancang dan menyedia maklum balas kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
  3. Mengatur dan merancang maklum balas kepada Mesyuarat Utama/Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet yang dianggotai oleh YB Menteri Dalam Negeri/YB Timbalan Menteri Dalam Negeri/Ketua Setiausaha.
  4. Merancang dan menyedia jawapan kepada maklum balas yang dikemukakan oleh pihak luar.

 

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom