header plain mobile2

Maklumat Pelanggan

1) Permohonan Permit Filem Import.
 
Tujuan: Pemohon yang ingin membuat permohonan permit untuk mengimport filem-filem dari luar Negara mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran dengan syarikat dengan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri. (sila pastikan syarikat telah berdaftar dengan FINAS).
 
Tatacara permohonan:
 
Selepas membuat pendaftaran syarikat, pemohon hendaklah membuat pendaftaran dengan Dagang Net Technologies melalui laman web Dagang Net Technologies http://www.dagangnet.com.my. 
permohonan permit yang lengkap akan diproses dalam tempoh satu hari bekerja. 
 
 
2) Permohonan Pendaftaran Syarikat Pengedar Filem.
 
Tujuan: Pemohon yang ingin membuat permohonan penapisan filem/ bahan publisiti filem mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran syarikat dengan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri.
 
Tatacara permohonan:
 
muat turun borang melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, http://www.moha.gov.my atau boleh didapati di Kaunter One Stop Centre , Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya. 
hantar borang yang telah lengkap diisi ke Kaunter One Stop Centre. 
keputusan pendaftaran syarikat akan dibuat dalam masa 5 hari bekerja.
 
 
3) Permohonan Penapisan Filem.
 
Tujuan: Semua filem yang hendak disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan kepada umum hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem terlebih dahulu. 
 
Tatacara permohonan:
 
muat turun borang melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, http://www.moha.gov.my atau boleh didapati di Kaunter One Stop Centre , Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.
borang permohonan perlu diisi lengkap dalam Dua Salinan.
dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
 
Surat akuan berkanun. (telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
Surat hak milik syarikat terhadap filem yang ingin ditapis. (copyright).  
Lampiran (mengandungi keterangan bagi filem yang ditapis) iaitu bahasa, bentuk, sari kata, nama pelakon, syarikat yang mengeluarkan; 
Sinopsis; dan
Filem asal (master copy) yang lengkap dalam bentuk hard disk, atau DCP. 
 
hantar borang yang telah lengkap diisi ke Kaunter One Stop Centre.
Laporan filem akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
 
Fi:
Bayaran tapisan Filem Biasa (untuk tayangan panggung):
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM5.60) + RM20.00
 
Bayaran tapisan Filem untuk Festival/ Kedutaan:
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM2.80) + RM20.00
 
 
4) Permohonan Penapisan Pita (DVD/ VCD/ Blu-ray dan lain-lain).
 
Tujuan: Semua pita yang hendak dijual atau diedarkan kepada umum hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem terlebih dahulu. 
 
Tatacara permohonan:
 
muat turun borang melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, http://www.moha.gov.my atau boleh didapati di Kaunter One Stop Centre , Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.
borang permohonan perlu diisi lengkap dalam Dua Salinan.
dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
 
Surat akuan berkanun. (telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
Surat hak milik syarikat terhadap filem yang ingin ditapis. (copyright). 
Satu salinan kulit muka / inlay yang berwarna dan satu salinan fotostat.
Bagi pita kompilasi , kepilkan bersama Perakuan A filem-filem yang berkaitan.
Lampiran (mengandungi keterangan bagi filem yang ditapis) iaitu bahasa, bentuk, sari kata, nama pelakon, syarikat yang mengeluarkan; 
Sinopsis; dan
Pita asal (master copy) yang lengkap dalam bentuk DVD/ VCD/ Bluray. 
 
hantar borang yang telah lengkap diisi ke Kaunter One Stop Centre.
Laporan filem akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja (bagi satu tajuk).
 
 Fi:
Bayaran tapisan Pita Asal:
Formula : [Panjang pita (jam) x RM50] 
 
Bayaran tapisan Pita Kompilasi:
Formula : [Panjang Pita (jam) x RM25] 
 
 
5) Permohonan Perakuan B. 
 
Tujuan: Setiap salinan pendua filem/ pita mestilah mempunyai perakuan B.  Pemohon yang ingin memohon Perakuan B untuk filem dan pita hendaklah mendapatkan Perakuan A terlebih dahulu.
 
Tatacara permohonan:
 
muat turun borang melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, http://www.moha.gov.my atau boleh didapati di Kaunter One Stop Centre , Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.
borang permohonan perlu diisi lengkap dalam Dua Salinan.
dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
 
salinan Perakuan A
surat Akuan Sumpah yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi sebarang pertukaran Hak Pengedaran (sekiranya ada).
 
hantar borang yang telah lengkap diisi ke Kaunter One Stop Centre.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
 
Fi:
Bayaran Sijil B Filem Biasa (untuk tayangan panggung):
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM2.80) + RM10.00/ perakuan
 
 
Bayaran Sijil B Filem untuk Festival/ Kedutaan:
Formula : (Panjang Filem (minit) x RM1.12) + RM10.00/ perakuan
 
Bayaran tapisan Pita Asal:
Formula : RM0.90/ perakuan 
 
 
6) Permohonan Penapisan  Bahan Publisiti Filem dan Pita.
 
Tujuan:   Setiap bahan publisiti filem/ pita seperti poster, bunting, standess, banner, iklan surat khabar atau kulit muka hadapan DVD mestilah mendapat kelulusan LPF terlebih dahulu.  
 
Tatacara permohonan:
 
muat turun borang melalui laman web Kementerian Dalam Negeri, http://www.moha.gov.my atau boleh didapati di Kaunter One Stop Centre , Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.
borang permohonan perlu diisi lengkap dalam Dua Salinan.
dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
 
satu salinan poster/ bunting/ standees/ banner/ kulit muka hadapan DVD,VCD,Blu-Ray atau lain-lain yang berwarna dan satu salinan yang fotostat. 
 
hantar borang yang telah lengkap diisi beserta salinan ke Kaunter One Stop Centre.
Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.
Nombor kelulusan bahan publisiti tersebut hendaklah dipamerkan di poster/ bunting/ standees/ banner/ kulit muka hadapan DVD,VCD,Blu-Ray atau lain-lain sebelum pengedaran atau jualan.
 
Fi:
Bayaran Bahan Publisiti Filem : RM100/ tajuk
Bayaran Bahan Publisiti Pita : RM20/ tajuk
 
 
 7) Tawaran Perlantikan Anggota Lembaga Penapis Filem (ALPF).
 
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penapis Filem di Kementerian Dalam Negeri.
 
 
Sila muat turun syarat-syarat kelayakan di sini:

Syarat-syarat Kelayakan LPF

 

Sila muat turun borang permohonan di sini.

Borang Permohonan ALPF