Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

Maklumat Perkhidmatan

VISI
“Menjadi antara agensi penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia”

 

MISI
“Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara”

 

OBJEKTIF
1. Menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna.
2. Mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian yang ditetapkan.
3. Mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan.
4. Mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


FUNGSI
1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
2. Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.
3. Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.
4. Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.
6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.
7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.
8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.
11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom