Lesen Agensi Persendirian
Lesen Agensi Persendirian terbahagi kepada dua jenis dengan syarat pemilikan lesen seperti berikut:
Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Kawalan Keselamatan)
- Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Senior Asisten Komisioner (SAC) atau Brigadier Jeneral (Brig Jen) / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat ATAU bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 54 dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat;
- Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikan saham atau ekuiti secara individu;
- Memiliki modal berbayar sebanyak RM600,000.00;
- Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera sebanyak 70%;
- Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
- Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
- Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.
Lesen Agensi Persendirian (Syarikat Penyiasatan Persendirian)
- Salah seorang pemegang saham terdiri daripada bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Asisten Superintenden Polis (ASP) atau Kapten / setaraf dan hendaklah memegang sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat.
- Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan pemilikikan saham atau ekuiti secara individu;
- Memiliki modal berbayar sebanyak RM50,000.00.
- Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat LULUS tapisan keselamatan;
- Semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat tidak bankrap; dan
- Had maksimum umur semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham adalah 70 tahun semasa kali pertama memohon.
PERMOHONAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN BAGI TAHUN 2019 TELAH DITUTUP. HARAP MAKLUM.