button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Terkini
  • Mesyuarat Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-18

Mesyuarat Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-18

SOMTC SM

Kementerian Dalam Negeri, Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-18 yang akan berlangsung pada 23-28 September 2018 di Putrajaya.

 

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Alwi Bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri. SOMTC ke-18 merupakan mesyuarat peringkat pegawai kanan ASEAN yang telah dibentuk di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC).

 

Fokus utama SOMTC adalah membincangkan dan merancang pelan strategi serta tindakan yang komprehensif dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN untuk membanteras jenayah rentas sempadan.