1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER


Senarai Semak Permohonan Pengambilan Pekerja Asing

Dokumen Wajib

1. Borang yang telah lengkap diisi

2. Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan - Form 9, 24 & 49 atau Form B & D
(Terkini dan disahkan dalam tahun semasa/dicetak SSM beserta Resit Bayaran pengesahan berkenaan) atau
Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan senarai nama Ahli Lembaga Pengarah (Terkini dan disahkan oleh SKM)

3. Kad Pengenalan Pemilik / Pengarah (Form 49 / Form D)

4. Syarat-Syarat Bagi Wakil Syarikat:
- Terdiri dari peringkat pengurusan syarikat
- Nama tersenarai di dalam Penyata Caruman KWSP terkini
- Kad Pengenalan pemohon
- Surat Perwakilan dari majikan (Ditandatangani oleh Pihak Pengurusan Syarikat)

5. Penyata Caruman KWSP bagi 3 bulan terkini (Borang ‘A’ Tidak Dibenarkan)

6. Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun semasa atau setahun sebelumnya
(Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise – Akaun Pengurusan (Kunci Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi) yang disahkan benar oleh Juruaudit)

7. Penyata Bank bagi syarikat untuk 3 bulan terkini (Berturutan)
(Syarikat Pemilikan Tunggal/Perkongsian/Enterprise – Akaun Simpanan/Semasa Pemilik)

8. Sijil Perakuan Pengesahan majikan menggunakan perkhidmatan Sistem Jobs Malaysia (JCS)

9. Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)  (Foreign Workers Compensation Scheme Insurance (FWCS) ) bagi pekerja asing sedia ada (Jika Berkenaan)

10. Memo Periksa Keluar bagi pekerja yang telah pulang atau/dan Laporan Pekerja Lari daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Jika Berkenaan)


Dokumen Tambahan Sektor Perkilangan

1. Lesen MITI (bagi syarikat yang memiliki modal berbayar melebihi RM2.5 juta atau pekerja melebihi 75 orang)

2. Lesen PBT dan Lesen / Kebenaran Agensi yang berkaitan

3. Risalah / Gambar Pandangan Hadapan & Dalam Berkaitan Premis, Mesin dan Produk

4. Carta Aliran Proses Penghasilan Produk dan Jumlah Pekerja Diperlukan Di Setiap Tempat Proses (untuk mengesahkan terdapat aktiviti pembuatan di kilang)

5. Borang K2 (CDF) dan ringkasan penyata jualan eksport (direct export) sebagai bukti Eksport (Jika Berkenaan)


Dokumen Tambahan Sektor Pembinaan

1. Syarat tambahan bagi wakil syarikat yang hadir untuk temuduga:
- Pegawai Pengurusan Utama (PPU)
- Borang Pengesahan PPU

2. Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB

3. Letter Of Award’ / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa

4. Resit Pembayaran Levi CIDB Mengikt Projek Pembinaan / Borang CIDB L2/96 (Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi) / (Borang Pemberitahuan Projek)

5. Borang Pengesahan Pengagihan Pekerja Asing


Dokumen Tambahan Sektor Pertanian

1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)

2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri

3. Perjanjian Sewa Pajak yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian / Sijil Carian Rasmi

4. Pendaftaran / Lesen yang berkaitan Sistem Kultur Laut / Ternakan Ayam / Itik / Burung (Unggas) / Ternak Khinzir daripada Negeri / Daerah

5. Surat sokongan dan / atau Laporan Penilaian daripada Jabatan Pertanian / Perkhidmatan Veterinar / Perikanan daripada Negeri / Daerah bagi pengusaha yang menjalankan aktiviti tanaman / ternakan / akuakultur di tanah milik Kerajaan / Persendirian

6. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)


Dokumen Tambahan Sektor Perladangan

1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)

2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri    

3. Perjanjian Sewa Pajak / Kontrak Kerja yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan (Tidak melebihi 1 tahun) oleh Pejabat Tanah dan Galian

4. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)

5. Sijil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) / Lembaga Getah Malaysia (LGM) (bagi Kontraktor - sijil yang disahkan oleh Pemilik Ladang)

6. Surat Pengesahan sebagai Kontraktor oleh Pemilik Ladang (Jika Berkenaan)


Dokumen Tambahan Sektor Perladangan

1. Sijil Kelahiran (bagi tanah milik ibu bapa) / Sijil Nikah (bagi tanah milik suami / isteri)

2. Geran Tanah bagi pengusaha yang mengusahakan tanah sendiri    

3. Perjanjian Sewa Pajak / Kontrak Kerja yang melebihi 3 tahun yang telah disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah yang disahkan (Tidak melebihi 1 tahun) oleh Pejabat Tanah dan Galian

4. Surat Kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Galian (Jika Berkenaan)

5. Sijil Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) / Lembaga Getah Malaysia (LGM) (bagi Kontraktor - sijil yang disahkan oleh Pemilik Ladang)

6. Surat Pengesahan sebagai Kontraktor oleh Pemilik Ladang (Jika Berkenaan)


Dokumen Tambahan Sektor Perkhidmatan

1. Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan - Akta Rumah Kebajikan (Surat kebenaran beroperasi Jabatan Kebajikan Masyarakat)

2. Lesen Kebenaran Polis (bagi Perniagaan Logam / Barang Lusuh & Kitar Semula)

3. ‘Letter Of Award’ / Kontrak Kerja yang masih berkuatkuasa & dimatikan setem asal mengikut nilai kontrak (bagi Pembersihan & Pencucian)

4. ‘Memorandum and Articles’ (M&A) syarikat (bagi Pembersihan & Pencucian)

5. Perjanjian Sewa Pajak melebihi 3 tahun yang disetemkan dan Salinan Geran Pemilik Tanah / Bangunan yang disewa

6. Gambar hadapan premis (termasuk papan tanda nama syarikat) & gambar dalam premis

  • Menerima Permohonan Majikan.
  • Menyemak Permohonan Yang Diterima.
  • Menemuduga Majikan Yang Berdaftar Oleh Agensi Kawal Selia.
  • Menerima Bayaran Levi Tahun Pertama.

 

 

Sektor

Kadar Levi (Setahun)

PLKS

(RM)

*Proses

(RM)

Semenanjung (RM)

Sabah & Sarawak (RM)

Perkilangan

1,250.00

1,010.00

60.00

50.00

Pembinaan

1,250.00

1,010.00

60.00

50.00

Perladangan

590.00

590.00

60.00

10.00

Pertanian

410.00

410.00

60.00

10.00

Perkhidmatan (Selain Dari PulauPeranginandan Rumah Kebajikan)

1,850.00

1,490.00

60.00

50.00

Perkhidmatan : PulauPeranginan

1,250.00

1,010.00

60.00

50.00

Perkhidmatan : RumahKebajikan

650.00

650.00

60.00

50.00

Pembantu Rumah

410.00

410 .00

60.00

10.00

 

    1. Keutamaan penggajian untuk warga tempatan yang mana Majikan dikehendaki memaklumkan  kekosongan jawatan  kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu untuk membolehkan pencari kerja rakyat  tempatan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
    2. Pada masa kini, hanya 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing iaitu 5 sektor formal merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian. Manakala 1 sektor informal adalah pembantu rumah asing.
    3. Sehingga kini, terdapat 15 buah negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya 14 buah negara yang dibenarkan untuk bekerja di sektor pertanian tidak termasuk Bangladesh. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Laos, Turksmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan.
    4. Had umur penggajian pekerja asing yang dibenarkan adalah 18 tahun – 45 tahun. Had umur ini merujuk kepada umur pada kali pertama kemasukan pekerja asing ke dalam Malaysia.
    5. Tempoh penggajian yang dibenarkan adalah 5 tahun + 5 tahun bagi 5 sektor formal. Manakala bagi sektor informal iaitu pembantu rumah asing tiada had tempoh penggajian ditetapkan.
    6. Permohonan pengambilan pekerja asing yang lengkap akan dipertimbang dan diluluskan berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia. Namun begitu, keutamaan penggajian masih kepada rakyat tempatan yang mana dasar penggajian pekerja asing pada masa ini seharusnya merupakan langkah sementara untuk mengisi keperluan pihak industri.

 

Agency

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Follow Us

QR MOHATwitter MOHAFacebook MOHARSS Portal iKDNVideo KDNEmel MOHA

Statistic

14537768

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime