1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Jenis Permohonan adalah seperti berikut:

  • Permohonan Baru
  • Permohonan Pembaharuan
  • Permohonan Pertukaran

PERMOHONAN PERTUKARAN / PERUBAHAN:

1. Pertukaran/Perubahan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

  • Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Borang 24 dan borang 49 yang disahkan benar.
  • Perniagaan Tunggal / Perkongsian
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Borang D, Borang A atau Borang B (Maklumat pemilik masa kini, dahulu dan perniagaan) yang disahkan benar.
  • Pertubuhan / Persatuan / Kesatuan / Koperasi / Institusi
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Pendaftaran Pertubuhan dan Perlembagaan serta senarai Ahli Jawatankuasa yang disahkan benar.

2. Perubahan Alamat Premis Percetakan

  • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
  • Pelan Pandu (saiz A4)
  • 1 salinan borang Lesen Mesin Cetak dan Pelan Pandu kepada Dewan Bandaraya/Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

3. Perubahan Corak/Nama Syarikat

  • Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Borang 9 atau 13, Borang 24, Borang 49 dan M & A yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran/perubahan.
  • Perniagaan Tunggal / Perkongsian
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Borang D, Borang A atau Borang B (maklumat pemilik masa kini,dahulu dan perniagaan) yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran/perubahan.
  • Pertubuhan / Persatuan / Kesatuan / Koperasi / Institusi Percetakan
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Pendaftaran Pertubuhan dan Perlembagaan yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran / perubahan.

4. Pertukaran Hakmilik

  • Syarikat Sdn. Bhd./Berhad
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Borang 9 atau 13, Borang 24, Borang 49 dan M & A yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran hakmilik.
    • Surat perjanjian jual beli (jika ada) yang disahkan benar.
    • Surat penanggungan liabiliti (jika ada) yang disahkan benar.
  • Perniagaan Tunggal/Perkongsian
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.\
    • 1 salinan Borang D, Borang A atau Borang B (maklumat pemilik masa kini, dahulu dan perniagaan) yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran hakmilik.
  • Pertubuhan / Persatuan / Kesatuan / Koperasi / Institusi Percetakan 
    • 1 keping borang Lesen Mesin Cetak.
    • 1 salinan Pendaftaran Pertubuhan dan Perlembagaan serta senarai Ahli Jawatankuasa yang disahkan benar.
    • Surat alasan pertukaran hakmilik.

1. Application Form
(Form Printing Machine License)

* 1 keping Printing Machine Print forms, documents & plans drive companies to KDN, City Hall (DB) / State Secretary (SUK) / Local Authority (PBT) and Occupational Safety and Health (DOSH).
* To have Printing Machine License, the applicant must obtain letters of support from DB / SUK / PBT and DOSH.

2. Company Documents

* Company Pte. Ltd. / Limited
1 Copy of Form 9 or 8 or 13, Form 24 and Form 49 certified true.
1 copy of M & A (Memorandum and Articles of Association) certified true.
* Single Company / Partnership
1 copy of Form D (Certificate of Business Registration), Form A or Form B (Information owner of the Present, Past and Business) certified true.
* Organization / Association / Union / Cooperative / Institution Press
1 copy of the Registration of Societies / Associations / Union / Cooperative / Institution Press information or its equivalent certified true.
1 certified true copy of the Constitution.
1 copy of the list of Committee members confirmed the truth.

3. Plans

1 copy Plan Pandu A4 size. (Plan direction to show the premises printing)

1. Application with no changes of information

    * One (1) Form of Printing Machine Licence that is completed for the Ministry of Home Affairs.
    * One (1) copy of previous Printing Machine Licence.

Definisi Mesin Cetak

Seksyen 3 (2) mentafsirkan “Mesin Cetak” ertinya mesin perkakas atau benda untuk mencetak,menyalin atau menghasil semula apa-apa yang diperihalkan dalam Jadual 1 AMCP 1984.

( Melebihi 1000 teraan sejam untuk tujuan perniagaan percetakan dan penerbitan )

Pelesenan Mesin Cetak

Seksyen 3 (3) AMCP 1984 , “Menteri boleh menurut budi bicaranya memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak selama suatu tempoh sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan dia boleh menurut budi bicaranya menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak”.

Kesalahan Untuk Menyimpan Untuk Digunakan Atau Mengguna Mesin Cetak Tanpa Lesen

Di bawah Seksyen 3 (4) AMCP 1984 peruntukkan “Mana-mana orang yang menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak tanpa lesen sah yang diberi di bawah subseksyen (3), atau berlanggaran dengan mana-mana syarat yang dikenakan di dalamnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan deposit yang disimpan di bawah seksyen 10 bolehlah dilucuthak.”

Seksyen 4 (1) , “Mana-mana orang yang mencetak atau menghasilkan atau menyebab atau membenarkan dicetak atau dihasilkan dengan pengguna mesin cetak atau mesinnya apa-apa hasil penerbitan atau dokumen :-

  • yang lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam; atau
  • yang mengandungi perkara mengganas terhadap orang-orang atau harta, menggalakkan pencabulan undang-undang atau terhadap apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang atau yang melakukan pecah keamanan atau yang mungkin membawa kepada pecah keamanan atau menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian, keharmonian atau pecah belah.

Pemohon

  • Bagi Syarikat Sdn Bhd / Berhad, pemohon mestilah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah yang mana nama tersebut terdapat di dalam Borang 49.
  • Bagi Perniagaan Tunggal / Perkongsian, pemohon mestilah rakan kongsi utama atau rakan kongsi yang mana nama tersebut terdapat dalam Borang A atau Borang B atau yang setaraf.
  • Bagi Pertubuhan/Persatuan/Kesatuan/Institusi Percetakan/Koperasi, pemohon mestilah individu yang memegang jawatan tertinggi dalam badan/organisasi tersebut. 

Kadar Bayaran

Tiada sebarang bayaran perkhidmatan dikenakan. Bayaran yuran akan dikenakan setelah permohonan 

diluluskan mengikut kadar berikut :-

  • Syarikat Ibu Pejabat – RM500.00
  • Syarikat Cawangan   – RM300.00
  • Anak Syarikat           –RM500.00

Syarat-Syarat Mesin Cetak

  1. Lesen ini hendaklah dipamer di tempat yang mudah dilihat di premis di mana mesin cetak disimpan / digunakan.
  2. Alamat di mana mesin cetak disimpan atau digunakan hendaklah tidak ditukarkan melainkan kelulusan Menteri di dapati.
  3. Pemegang lesen adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua bahan-bahan yang dicetak olehnya.
  4. Mesin cetak hendaklah tidak digunakan untuk mencetak apa-apa penerbitan yang memudaratkan atau yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan mana-mana negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
  5. Lesen ini hendaklah tidak, dengan apa-apa cara, dipindah, diserahhak atau selainnya diletakkan di bawah kawalan mana-mana orang lain dari pemegang lesen tanpa kebenaran terdahulu Menteri.
  6. (i)  Di mana pemegang lesen adalah suatu perkongsian, tiada mana-mana pekongsi pun boleh ditukarkan tanpa persetujuan terdahulu Menteri. (ii) Di mana pemegang lesen adalah sebuah syarikat, tiada mana-mana pengarah pun boleh ditukarkan tanpa persetujuan terdahulu Menteri.
  7. Pemegang lesen dikehendaki untuk mematuhi dan tidak melanggar apa-apa arahan dari semasa ke semasa dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.
  8. Syarat-syarat lesen ini boleh dipinda pada bila-bila masa melalui pemberitahuan secara bertulis oleh Menteri Dalam Negeri kepada pemegang lesen.

Agency

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Follow Us

QR MOHATwitter MOHAFacebook MOHARSS Portal iKDNVideo KDNEmel MOHA

Statistic

14552158

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime