Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

PROGRAM PENANAMAN SEJUTA POKOK SKUAD MUDA KDN DI RTC KOTA BHARU

Kota Bharu, 11 Mac - Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri( KDN ) negeri Kelantan telah bersatu dalam menjayakan Program Penanaman Sejuta PokokSkuad Muda KDN Peringkat Negeri Kelantan di perkarangan RTC Tunjung, Kota Bharu Kelantan pada 2 Mac lalu. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dengan kerjasama SKUAD 1Malaysia AADK Kelantan turut menjayakan program yang dikelolakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan dengan dibantu oleh semua jabatan dan agensi di bawah KDN.


Seawal jam 9.00 pagi kakitangan AADK Negeri Kelantan, AADK Kota Bharu dan SKUAD 1Malaysia yang dianggarkan seramai 100 orang telah hadir bagi menjayakan Program Penanaman Sejuta Pokok ini. Program dimulakan dengan acara senamrobik yang dikelolakan oleh ahli SKUAD 1Malaysia AADK Kelantan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg. Dato Alias bin Hj Ahmad. Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Kelantan, En Mahasan bin Mustapa dan Pengarah AADK Negeri Kelantan, En Ibrahim bin Abd Ghani turut sama turun padang menjayakan program ini.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, pepatah tersebut sebenarnya telah menyatukan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah nama Skuad Muda KDN yang mana berganding bahu melaksanakan penanaman sejuta pokok ini. Bertemakan slogan Seorang 1 Pokok SKUAD 1Malaysia AADK Kelantan turut terlibat secara langsung dalam mengembeling tenaga menjayakan.

Program Penanaman Sejuta Pokok ini. Acara simbolik perasmian telah diadakan dengan penanaman pokok oleh YBhg. Dato Alias bin Hj Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan Ketua-Ketua Jabatan di persekitaran RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharap agar program sebegini dapat memperkasakan gelombang kesukarelaan Skuad Muda KDN.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom