Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Latar Belakang

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dalam Pemasyhuran Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 menyatakan bahawa “negara kita ini akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”


Sejak peringkat awal pasca kemerdekaan, usaha memastikan negara bebas daripada anasir yang tidak diingini termasuk ancaman ideologi ekstremisme merupakan antara agenda utama. Pada masa ini, kesan globalisasi dan perubahan dinamik dalam pelbagai aspek termasuk teknologi dan telekomunikasi, ancaman serta cabaran dalam sektor keselamatan adalah lebih getir kerana ianya tidak lagi bersifat konvensional, merentas sempadan dan lebih kompleks. Justeru, penglibatan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak industri untuk bersama-sama membanteras jenayah dan menghindarkan anasir-anasir negatif daripada berleluasa adalah penting dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.


Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) dirangka sebagai panduan dan rujukan bagi mendepani pelbagai isu dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam yang kian mencabar.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom