Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

National Registration Affairs

Perlembagaan


PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI


KEAHLIAN

1.    Majlis Bersama Jabatan bagi Ibu Pejabat Kementerian Negeri (selepas ini disebut sebagai “Majlis” ) hendaklah mengandungi 42 ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha yang terdiri daripada  5  ahli yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”)    dan  37   ahli yang dipilih oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang mewakili pekerja-pekerja di Kementerian Dalam Negeri (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”). Senarai Keahlian Pihak Pekerja adalah seperti di Lampiran.


PIHAK PEGAWAI

2.    Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri seperti tersebut di bawah mengikut jawatan masing-masing :-

    (i)    Ketua Setiausaha                                                                -       Pengerusi

    (ii)    Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)                         -       Naib Pengurusi
        

    (iii)    Setiausaha Bahagian (Kewangan)                                    -       Ahli    
        

    (v)    Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan)                    -       Ahli
        

    (vi)    Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia)     -       Ahli            

    
    (iv)    Ketua Penolong Setiausaha                                              -      Setiausaha

             (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia )   
          

PIHAK PEKERJA

3.    Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di Kementerian Dalam Negeri dan dilantik oleh Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Kakitangan yang  berdaftar   yang mewakili  pekerja-pekerja   tersebut   (atau   pekerja-pekerja sendiri). Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja di mana Majlis Bersama akan ditubuhkan di dalam Kementerian Dalam Negeri. Peraturan hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.

4.    Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu atau pekerja-pekerja itu sendiri.

5.    Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 2 tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipililh.


PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

6.    Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.


TUJUAN

7.    Tujuan Majlis adalah :-

(i)    untuk memperoleh seluas-seluas kerjasama yang menyeluruh di antara Kementerian Dalam Negeri dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Kementerian Dalam Negeri dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan;

(ii)    untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya; dan

(iii)    untuk mengumpul berbagai-bagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian Dalam Negeri.

BIDANG DAN FUNGSI

8.    Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut :-

(i)    membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan   dengan    pentadbiran  yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

(ii)    membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

(iii)    menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai-bagai jabatan; dan

(iv)    mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.


MESYUARAT-MESYUARAT

9.    Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali mengikut suku tahun yang ditetapkan. Naib Pengerusi Pihak Pegawai boleh mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi Pihak Pegawai tidak dapt mempegerusikan mesyuarat dan kelulusan adalah tertakluk kepada keizinan Pengerusi Pihak Pegawai.

10.    Kuorum bagi mesyuarat-mesyuarat hendaklah terdiri daripada ahli Pihak Pegawai dan  ahli Pihak Pekerja.

11.    Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan   oleh   Setiausaha   Bersama  dan  dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12.    Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

13. Mesyuarat MBJ boleh di adakan diluar pejabat sekali setahun sebagai penghargaan kepada Ahli-ahli yang dilantik.

KEPUTUSAN

14.    Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

15.    Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan terus oleh Kementerian Dalam Negeri. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ia hendaklah dirujukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun kepada Jabatan-jabatan yang berkenaan.


PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

16.    Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom