button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIPEMERDAGANGAN ORANG SEDUNIA DAN MAJLIS PELANCARAN TALIAN KHAS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) DI BAWAH 1 MALAYSIA ONE CALL CENTR

KENYATAAN MEDIA SAMBUTAN HARI ANTIPEMERDAGANGAN ORANG SEDUNIA DAN MAJLIS PELANCARAN TALIAN KHAS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) DI BAWAH 1 MALAYSIA ONE CALL CENTR

KENYATAAN MEDIA

SAMBUTAN HARI ANTIPEMERDAGANGAN ORANG SEDUNIA DAN

MAJLIS PELANCARAN TALIAN KHAS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN

ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO) DI BAWAH 1 MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC)

30 JULAI 2017

 

 

1. Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia atau World Day Against Trafficking in Persons telah dipersetujui dalam resolusi yang terkandung di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2013 yang menggesa supaya semua negara ahli mengadakan sambutan pada tarikh 30 Julai pada setiap tahun.

 

2. Dalam menjayakan saranan tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan Project Liber8 untuk menganjurkan program Advoc8 Hack yang mensasarkan penyertaaan daripada golongan belia bagi membangunkan prototaip aplikasi untuk mengekang jenayah pemerdagangan orang, sekaligus meningkatkan penggunaan teknologi terkini untuk membanteras jenayah ini.

 

3. Kerajaan juga melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di bawah 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) iaitu 03-8000 8000. Dengan perkenalan talian khas ini, kerajaan menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mendapati maklumat atau aktiviti yang melibatkan jenayah ini.

 

4. Kerajaan menyambut baik usaha dan kesungguhan berterusan yang ditunjukkan oleh Liber8 menganjurkan program Advoc8 Hack ini. Diharap prototaip yang diilhamkan pada hari ini akan dapat membantu kerajaan untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang.

 

5. Sehubungan itu, Kerajaan berharap kerjasama strategik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah pemerdagangan orang akan dapat diperkasakan dan diteruskan pada masa hadapan terutamanya dari segi penguatkuasaan, perlindungan dan pencegahan.

 

##############

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran

30 Julai 2017