button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Kenyataan Media
  • KENYATAAN MEDIA YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI KEMATIAN SEORANG PELAJAR DI ASRAMA AKHLAK (LELAKI) POKOK SENA, KEDAH

KENYATAAN MEDIA YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI KEMATIAN SEORANG PELAJAR DI ASRAMA AKHLAK (LELAKI) POKOK SENA, KEDAH

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI KEMATIAN SEORANG PELAJAR DI ASRAMA AKHLAK (LELAKI) POKOK SENA, KEDAH

 

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menjelaskan kekeliruan berhubung laporan yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan tentang kematian seorang pelajar bernama Mohamad Shukri bin Kassim di Asrama Akhlak (Lelaki) Pokok Sena, Kedah Darul Aman dalam kejadian pada hari Jumaat, 18 November 2016 yang lalu.

 

Kejadian itu sebenarnya berlaku di Asrama Akhlak (Lelaki) Pokok Sena, Kedah yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan BUKANLAH di Pusat Pemulihan Akhlak Pokok Sena seperti yang dilaporkan.

 

Kedua-dua institusi berkenaan merupakan dua institusi yang berbeza. Ingin dimaklumkan bahawa Pusat Pemulihan Akhlak Pokok Sena, Kedah adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

23 November 2016


Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.