button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu

Mesyuarat Kelima Menteri - Menteri Asean Mengenai Dadah

KENYATAAN MEDIA
Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN
MENTERI DALAM NEGERI
MENGENAI
MESYUARAT KELIMA MENTERI - MENTERI ASEAN MENGENAI DADAH
 
1. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan berada di Singapura bagi menghadiri Mesyuarat Kelima Menteri – Menteri ASEAN Mengenai Dadah mulai 19 – 20 Oktober 2016. Mesyuarat akan dimulai dengan perbincangan di peringkat Pegawai – pegawai Kanan ASEAN. Malaysia telah menjadi hos kepada Mesyuarat Keempat Menteri – Menteri ASEAN Mengenai Dadah di Langkawi pada tahun 2015. Mesyuarat julung kali di peringkat Menteri – Menteri ASEAN mengenai Dadah telah diadakan di Bangkok pada 2012.
 
2. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri akan menghadiri Perbincangan Mengenai Kerjasama ASEAN untuk Membanteras Pengeluaran dan Pengedaran Dadah di Kawasan Segi Tiga (Golden Triangle) yang merupakan lokasi pengeluaran dan pengedaran dadah yang terbesar di dunia pada 19 Oktober 2016. Inisiatif ini telah dimulakan oleh Thailand yang merupakan negara peneraju di ASEAN mengenai pembenterasan jenayah pengeluaran dan pengedaran dadah. Perbincangan ini akan melibatkan penyertaan Menteri – Menteri daripada Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Lao PDR termasuk Malaysia. Kerjasama serantau ini adalah merupakan salah satu daripada program yang telah dipersetujui di bawah Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016 – 2025 untuk berkerjasama dengan komuniti ASEAN di dalam membanteras ancaman jenayah dadah.
 
3. Mesyuarat Kelima Menteri – Menteri ASEAN Mengenai Dadah dijangka menghasilkan satu Kenyataan Menteri – Menteri ASEAN mengenai kerjasama serta tindakan bersepadu serantau bagi menangani ancaman pengeluaran dan pengedaran dadah secara haram. Mesyuarat tersebut juga dijangka meluluskan Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016 – 2025 untuk berkerjasama dengan komuniti ASEAN di dalam membanteras ancaman jenayah dadah.
 
4. Semasa Mesyuarat tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri akan berkongsi pengalaman serta tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi membanteras pengeluaran dan pengedaran dadah menerusi kerjasama pelbagai Kementerian/Agensi khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri,
Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Anti – Dadah
Kebangsaan
------------------
20 Oktober 2016