button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • KDN Sana Sini
  • Berita
  • MAJLIS SESI PENERANGAN PENGUATKUASAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PINDAAN DAN PEMERLUASAN) KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

MAJLIS SESI PENERANGAN PENGUATKUASAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (PINDAAN DAN PEMERLUASAN) KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Kuching, 6 Februari 2014 ÔÇô Bertempat di Hotel Hilton Kuching Sarawak, satu Majlis Sesi Penerangan Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan Dan Pemerluasan) telah diadakan untuk memberikan penerangan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak.

Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi dalam sidang media berkata Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2014) ini akan diperluaskan ke Sarawak dan Sabah serta dijangka berkuat kuasa dalam waktu terdekat.

Penguatkuasaan POCA akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan dilakukan polis akan dikaji oleh Lembaga Pencegahan Jenayah bagi memastikan kesahihan kes serta memastikan suspek benar-benar melakukan jenayah sebelum dia ditahan.

Wan Junaidi menambah, penguatkuasaan POCA juga bertujuan mengurangkan kegiatan pemerdagangan manusia di negara ini yang dilihat semakin berleluasa dan mesti dibanteras kerana ia menyumbang kepada kegiatan jenayah lain seperti pelacuran, dadah serta buruh kanak-kanak.

ÔÇ£POCA telah diluluskan di Parlimen pada Oktober 2013 dan telah pun ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong (justeru) yang tinggal sekarang ialah penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah seterusnya pewartaan akta.

ÔÇ£Antara pindaan POCA ialah ia diperluaskan ke Sarawak dan Sabah yang sebelum ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di negara ini,ÔÇØ katanya.

Taklimat disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Polis Negara DatoÔÇÖ Razali Basri dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri Tuan Othman Yusof.