Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Fungsi Pusat di IPSOM

a) Penyelidikan dan Penerbitan
• Mengumpul, mengkaji, mendokumentasi dan menyebarluaskan hasil penyelidikan serta kajian yang dilaksanakan secara in house atau secara kerjasama strategik bersama institusi lain di dalam negara.
• Menerbitkan jurnal berkala iaitu Journal of Public Security and Safety dan terbitan-terbitan tidak berkala.

b) Analisis Dasar dan Strategi Keselamatan
• Mengurus dan menjalankan analisis ke atas dasar dan strategi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.
• Melaksanakan scenario building, technology insight/foresight, feasibility studies berhubung pelaksanaan dasar, strategi, kaedah dan sistem baharu bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam pada masa akan datang sentiasa terkawal dan terpelihara.
• Berfungsi untuk menjana idea, menggalakkan percambahan ilmu dan perbincangan konstruktif berkenaan isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam melalui penganjuran seminar, dialog dan forum bersama rakan strategik sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

c) Fungsi Kerjasama Strategik
• Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau program kerjasama strategik di antara agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri, agensi dari kementerian lain, pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan.
• Menjadi focal point dalam pelaksanaan program kerjasama strategik yang mana dipantau oleh National Strategic Collaborative Office (NSCO), Kementerian Kewangan.

d) Fungsi Pentadbiran
• Unit Pentadbiran sebagaimana namanya adalah bertanggungjawab melaksanakan fungsi pentadbiran dan perkhidmatan sokongan di IPSOM.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom