Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • PKP: 11 penjara sementara diwartakan mula beroperasi 23 April ini

PKP: 11 penjara sementara diwartakan mula beroperasi 23 April ini

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjara sementara ini akan beroperasi bermula 23 April ini dan Kementerian Kesihatan akan membantu menyediakan petugas kesihatan.

"Ia selaras dengan apa yang saya umumkan sebelum ini dan 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar telah diwartakan. Ia akan mula beroperasi pada 23 April ini," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, PDRM telah menangkap 1,111 individu semalam berbanding 1,565 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP.

"Daripada jumlah ini seramai 997 individu direman dan 114 individu dijamin polis. Semalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 820 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 451,487 kenderaan.

"Sebanyak 51,706 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 5,861 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," katanya.

Katanya, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 18 April ialah seramai 14,750 individu.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/79617/BERITA/Nasional/PKP-11-penjara-sementara-diwartakan-mula-beroperasi-23-April-ini

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom