Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • COVID-19: Banduan Penjara Pengkalan Chepa hasilkan PPE

COVID-19: Banduan Penjara Pengkalan Chepa hasilkan PPE

Contoh PPE yang dihasilkan oleh 40 banduan di Penjara Pengkalan Chepa. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

 

KOTA BHARU: Sebanyak 10,000 unit peralatan perlindungan diri (PPE) sudah disiapkan oleh banduan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob, berkata PPE itu dijahit oleh 40 banduan membabitkan 21 lelaki dan 19 wanita di bengkel jahitan masing-masing.

Beliau berkata, semua banduan itu cukup komited menjahit PPE yang dianggap sumbangan kecil mereka kepada petugas barisan hadapan dalam usaha mengekang wabak COVID-19.

“Banduan ini menjahit setiap hari. Malah, mereka sanggup tambah masa untuk menyiapkan sekurang-kurang 350 hingga 500 PPE, setiap hari.

“Sepatutnya, mereka hanya dibenarkan bekerja lima hari seminggu, namun kami sudah mendapat kelulusan daripada ibu pejabat untuk melakukan kerja jahitan ini, termasuk pada hari minggu,” katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, rekaan PPE itu adalah daripada pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK), manakala bahan mentah dibekalkan Persatuan Bulan Sabit Merah Kelantan (PBSMK).

Terdahulu, Penjara Pengkalan Chepa menerima sumbangan 10 mesin jahit industri daripada PBSMK untuk meningkatkan lagi penghasilan PPE berikutan permintaan semakin bertambah.

Sumbangan kewangan juga diterima daripada EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamat, serta Rotary Club Kota Bharu untuk membantu penghasilan PPE dan keperluan banduan yang menjahit peralatan itu.

Timbalan Pengerusi PBSMK, Dr Seri Buana Zainudin, berkata kos keseluruhan mesin jahit industri itu ialah RM21,000 dan sumbangan terbabit bertujuan menampung keperluan pihak hospital yang kian meningkat terhadap PPE.

“Kita menerima banyak permintaan daripada hospital. Buat masa ini, PPE yang dihasil dibekalkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, dan Hospital Tumpat.

“Kami berharap selepas ini, sekurang-kurang 1,400 PPE dihasilkan sehari supaya dapat menampung permintaan, termasuk daripada beberapa lagi hospital lain seperti di Pasir Puteh, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/678078/covid-19-banduan-penjara-pengkalan-chepa-hasilkan-ppe

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom