Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • KDN tubuh jawatan kuasa khas tangani isu sempadan

KDN tubuh jawatan kuasa khas tangani isu sempadan

Hamzah Zainudin (kanan) meninjau sempadan Malaysia Thailand sejauh 21 kilometer di Sungai Golok dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga Jeram Perdah, Rantau Panjang dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin sempena lawatan kerja ke Kelantan hari ini. Foto Nik Abdullah Nik Omar

RANTAU PANJANG: Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah penyeludupan di sempadan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata jawatankuasa khas berkenaan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Alam Sekitar dan Air. 

Katanya, kewujudan laluan tikus yang terlalu banyak di sempadan memerlukan strategi tertentu bagi menangani masalah berkenaan.

“Banyak laluan tikus dikenal pasti di sempadan dan sepanjang lawatan di Sungai Golok dari Tumpat ke Rantau Panjang sahaja mempunyai 88 laluan tikus.

“Jawatankuasa khas berkenaan juga akan meneliti cadangan untuk pembinaan tembok di sepanjang sempadan yang sudah dikemukakan pelbagai pihak sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS ) Rantau Panjang dan pejabat Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Hamzah berkata, kerjasama kementerian lain adalah penting memandangkan tanah di tepi Sungai Golok adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Katanya, jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu akan melakukan sesuatu yang boleh menangani masalah ketirisan sempadan dan pihaknya akan mengumumkan nanti.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678256/kdn-tubuh-jawatan-kuasa-khas-tangani-isu-sempadan

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom