Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

Etnik Rohingya bayar sindiket RM15,000

SINDIKET yang membawa masuk 202 etnik Rohingya yang ditahan berhampiran pantai sebuah pusat peranginan di Jalan Pantai Kok, Teluk Nibong di Langkawi minggu lalu dipercayai mengenakan bayaran RM2,000 setiap orang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bukan itu sahaja, sekiranya berjaya bolos masuk ahli keluarga pelarian yang sudah berada di negara ini perlu membuat bayaran tambahan RM13,000 lagi untuk mengambil mereka.

Beliau berkata, rancangan untuk membawa masuk pelarian itu dipercayai sudah lama dirancang kerana sebahagian besar daripada mereka yang ditahan mempunyai ahli keluarga di negara ini.

“Pelarian perempuan yang beritahu tujuan mereka masuk untuk bertemu suami yang sudah ada di sini, ada juga sebahagian daripada mereka menyatakan sudah ada keluarga tinggal di negara ini tujuh atau lapan tahun. Ini bermaksud perancangan sudah lama dibuat membabitkan pelarian yang ditahan itu, sindiket, ejen termasuk ahli keluarga mereka.

“Hasil soal siasat, kita dimaklumkan mereka telah membayar RM2,000 kepada sindiket di Cox Bazar, Bangladesh. Apabila sampai di sini jika ahli keluarga dapat ambil, mereka kena bayar RM13,000 kepada ejen jadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM15,000, kita akan terus buru sindiket terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan untuk terima hukuman sewajarnya,” katanya di Langkawi, hari ini.

Hamzah berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, selepas menyertai pemantauan sekitar perairan pulau itu membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis serta Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Jamil Rakon, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Sebagai rekod, APMM Kedah dan Perlis sudah menahan 202 orang terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, 5 April lalu.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, KDN menerusi agensinya akan mempertingkatkan kawalan di perairan negara selepas mendapat maklumat ada beberapa kapal membawa pelarian etnik Rohingya akan memasuki perairan negara dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai perkara itu hasil soal siasat ke atas sebahagian pelarian etnik Rohingya itu yang kini ditempatkan di APMM Kedah, Perlis dan Bukit Malut.

“Kita mengetahui bahawa ini bukan kumpulan terakhir, daripada risikan serta soal siasat tadi mungkin ada dua atau tiga kumpulan lagi. Kita akan cuba cari kaedah dan saya akan berbincang dengan badan antarabangsa yang sepatutnya mengambil tahu mengenai isu ini daripada hanya bersikap berdiam diri dan lepas tangan kepada Malaysia supaya isu ini tidak menjadi masalah besar,” katanya - Bernama

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564961/etnik-rohingya-bayar-sindiket-rm15000

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom