Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

  • Home
  • Berita
  • Ingkar PKP: 3,125 ditahan, 246 didakwa di mahkamah

Ingkar PKP: 3,125 ditahan, 246 didakwa di mahkamah

Anggota ATM dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Besi bersama anggota polis IPD Salak Selatan mengadakan sekatan jalan raya di Pekan Salak Selatan menuju ke Pekan Sungai Besi pada Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 3,125 individu ditahan di seluruh negara kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Daripada jumlah itu seramai 246 sudah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuk tidak berada di rumah ketika penguatkuasaan PKP.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya akan bertindak lebih tegas dalam melaksanakan fasa kedua PKP, bermula esok.

"Saya dan peringkat tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berbincang untuk memperketatkan lagi PKP ini sama ada proses sekatan jalan raya (SJR) sudah mencukupi atau perlu diperbanyakkan lagi.

"Malah kita juga meneliti sama ada perlunya tindakan-tindakan lain yang lebih keras pada masa akan datang," katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan ke Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata kajian mendapati masih ada golongan degil dengan cuba melanggar arahan PKP.

 

Sumber https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671462/ingkar-pkp-3125-ditahan-246-didakwa-di-mahkamah

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom