Awam | Warga KDN     phone white icon 7.jpg 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

RELA NAFI POTONG ELAUN SEMUA AHLINYA

PUTRAJAYA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menafikan dakwaan akan memotong elaun semua anggotanya susulan penularan satu surat di media sosial mengenai penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara.

 

Rela dalam kenyataan hari ini berkata penugasan rondaan tersebut hanya dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

 

"Penamatan penugasan PKKR tersebut dibuat setelah penilaian semula terhadap semua penugasan jabatan yang dilaksanakan pada pertengahan tahun. Penilaian merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa jabatan," katanya.

 

Rela berkata penamatan penugasan rondaan PKKR juga tidak melibatkan penugasan lain yang masih berjalan seperti biasa. "Ia juga tidak menjejaskan operasi PKKR yang akan terus beroperasi seperti sediakala," katanya.

 

Menurut Rela, penugasan rondaan keselamatan di PKKR diwujudkan sejak Januari 2017 untuk membantu memelihara keselamatan setempat dan ia bersifat sementara.

 

Bermula Januari tahun ini, jabatan itu juga telah melaksanakan rondaan keselamatan secara sukarela di 157 daerah seluruh negara, katanya.

 

"Rondaan secara sukarela itu selaras dengan hasrat jabatan untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota Rela," katanya. - Bernama

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom