button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri @ Pagoh

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri @ Pagoh

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and flower

Pagoh, 25 Mei 2018: YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri petang tadi menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di bulan Ramadhan bersama masyarakat sekitar Pagoh di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh Johor.

 

Program ini adalah merupakan program rasmi pertama beliau dengan masyarakat Pagoh setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin.

 

Dalam ucapannya beliau telah menyarankan agar keselamatan dimasyarakatkan dengan kepemimpinan masyarakat diperkasa dengan aspek keselamatan yang memiliki jawatankuasa keselamatan di peringkat negeri dan daerah.

 

Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan wakaf naskah Al-Quran kepada masjid serta surau kawasan berhampiran. Program turut meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dari kawasan sekitar Pagoh.

 

Selesai majlis berbuka puasa YBhg Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bersama para hadirin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih. Jemaah kemudiannya bersama-sama menikmati sedikit jamuan moreh yang disediakan.

 

Program telah dihadiri kira-kira 1,300 tetamu yang terdiri daripada masyarakat setempat, pegawai dan kakitangan KDN, Jabatan dan Agensi di bawahnya.

 

Hadir sama dalam program ini ialah YAB Dato’ Osman Sapian, Menteri Besar Johor, YBhg Dato’ Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta Agensi KDN .