button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Program Turun Padang KSU di Hulu Terengganu

Program Turun Padang KSU di Hulu Terengganu

Foto Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

YBhg Dato’ Seri Alwi Ibrahim KSU KDN hari ini mengadakan Program Turun Padang ke Hulu Terengganu bertempat di Dewan Kelah, Kompleks IPD Hulu Terengganu.

 

Program dihadiri hampir 300 orang warga KDN, Jabatan, Agensi dan masyarakat sekitar. Beliau dalam ucapannya maklumkan bahawa program turun padang ini adalah bagi mendokong prinsip merakyatkan perkhidmatan awam dimana program ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas dasar-dasar yang dilaksankan dan menjelaskan mengenai perkhidmatan Kerajaan khususnya yang ditawarkan oleh KDN kepada masyarakat setempat.

 

Pada program ini YBhg Dato’ Seri KSU turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Veteran PDRM, menyampaikan dokumen Sijil Kelahiran, menyampaikan bantuan Pusat Pemulihan Dadah dan menyerahkan wakaf naskah Al-Quran kepada Pegawai Daerah.

 

Program dihadiri oleh YBhg Dato Sri Nadzri Siron, TKSU Keselamatan KDN, YBhg Dato’ Mohammad Razin, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan YDH DCP Dato’ Aidi Ismail, Ketua Polis Negeri Terengganu.

 

YBhg Dato’ Seri KSU juga mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu yang terletak dikawasan berhampiran.