button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Program Taklimat dan Dialog Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan serta Pelaksanaan Program Certified Security Guards (CSG)

Program Taklimat dan Dialog Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan serta Pelaksanaan Program Certified Security Guards (CSG)

Foto Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri hari ini melaksanakan Program Taklimat dan Dialog Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan serta Pelaksanaan Program Certified Security Guards (CSG) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Program ini diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu telah dihadiri oleh seramai 2,000 orang peserta yang terdiri daripada ketua dan wakil jabatan, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat kawalan keselamatan dan pengawal keselamatan.

 

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan penerangan berhubung pengurusan Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta di negara ini dan pelaksanaan program Certified Security Guards (CSG) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

 

Program anjuran Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN ini dihadiri YBhg. Dato' Sri Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri dan YB Dato' A. Rahman Bin Yahya, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.