Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

KSU Hadiri Program Bakti Aksem

Image may contain: 1 person, outdoor

 

BAGAN DATUK: YBhg Dato’ Seri Alwi Ibrahim KSU pagi ini menghadiri Program Bakti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Masjid Abasiah, Sungai Nipah Baroh, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan.

 

Program Bakti ini adalah merupakan program gotong royong bersama masyarakat setempat bagi membersihkan kawasan masjid dan juga kawasan perkuburan yang terletak berhampiran.

 

Pada program ini YBhg Dato’ Seri KSU turut menyampaikan sumbangan kepada 8 orang ahli Persatuan Bekas Anggota PDRM di Bagan Datuk yang merupakan ahli Kariah Masjid. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan naskah Al Quran kepada Masjid Abasiah.

 

Program anjuran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) ini turut dihadiri oleh YDH DCP Dato’ Mohamad Ismail, Ketua Pengarah AKSEM, Timbalan-timbalan Pengarah AKSEM, warga AKSEM dan warga RELA Bagan Datuk.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom