button awamEN button warga1EN button agensiEN

header plain mobileEN2

Menu
  • Home
  • Berita
  • Program Memartabatkan Kemuliaan dan Kesucian Al-Quran

Program Memartabatkan Kemuliaan dan Kesucian Al-Quran

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing

 

BAGAN DATUK: YBhg Dato’ Seri Alwi Ibrahim , KSU KDN malam tadi menghadiri Program Memartabatkan Kemuliaan dan Kesucian Al-Quran di Masjid Al-Aula, Simpang Empat, Bagan Datuk, Perak.

 

Program dimulakan dengan ceramah oleh YBrs. Ustaz Dr Hj Khairul Anuar bin Mohamed bertajuk Memartabatkan Kemuliaan dan Kesucian Al-Quran selepas solat Maghrib. YBrs. Ustaz Dr Hj Khairul Anuar adalah merupakan Naib Pengerusi Lajnah Tahseh Al Quran Kementerian Dalam Negeri.

 

Kemudiannya program diteruskan dengan penyampaian sumbangan naskah Al Quran kepada 10 buah institusi di sekitar Bagan Datuk oleh YBhg Dato’ Seri KSU.

 

Program anjuran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN ini turut dihadiri oleh YBhg Dato Wan Ali, TKSU Pengurusan, YBrs Puan Hashimah Nik Jaafar, TKSU Dasar dan Kawalan dan YBhg Dato’ Sri Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia.